Lelaki maut, rakan cedera kereta langgar lembu di lebuh raya

LocalCars
21 Aug 2026 • 3:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut, rakan cedera kereta langgar lembu di lebuh raya
Anggota bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas.
Image from: Lelaki maut, rakan cedera kereta langgar lembu di lebuh raya
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar seekor lembu sebelum terbabas di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba Dua, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.10 pagi.

Menurutnya, kemalangan berkenaan membabitkan dua lelaki berusia 37 tahun yang menaiki sebuah kereta Proton Satria.

"Kereta berkenaan dipercayai melanggar seekor lembu sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Mangsa yang tersepit dibawa keluar menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

**media[3621842]**

Beliau berkata, mangsa yang maut merupakan pemandu kereta, manakala seorang lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, operasi menyelamat tamat kira-kira jam 4.30 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved