Lelaki miliki 27 rekod jenayah tular curi lori, dikejar polis hingga 100km kini direman

1 Oct 2026 • 4:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki miliki 27 rekod jenayah tular curi lori, dikejar polis hingga 100km kini direman
Seorang lelaki tempatan yang mempunyai 27 rekod jenayah dan dadah lampau direman tiga hari bermula hari ini selepas disyaki mencuri sebuah lori serta merempuh kereta peronda polis di Pasir Gudang, semalam. Foto Bernama
Image from: Lelaki miliki 27 rekod jenayah tular curi lori, dikejar polis hingga 100km kini direman
Perintah tahanan reman sehingga 3 Oktober terhadap suspek berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Tan Chiew King di Mahkamah Johor Bahru hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang ditahan polis selepas melarikan sebuah lori di Pasir Gudang, di sini, direman tiga hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Tan Chiew King di Mahkamah Majistret Johor Bahru, selepas mendapat permohonan daripada polis.

Langkah berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan, Seksyen 186 akta sama (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akibat memandu secara melulu.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

**media[3664619]**

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, cubaan seorang lelaki tempatan melarikan sebuah lori yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri gagal apabila kenderaan itu dikejar polis sejauh 100 kilometer sebelum suspek ditahan di Tanjung Langsat, di sini jam 10.20 pagi pada Rabu.

Video berdurasi 35 saat memaparkan adegan itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, lori terbabit dilaporkan hilang di Plentong sebelum dikesan di kawasan perindustrian tersebut.

“Bagaimanapun, suspek yang memandu secara berbahaya enggan memberhentikan kenderaan dan terus dikejar polis sehingga dia melanggar kereta peronda.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan dan polis menemui paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, suspek turut memiliki 27 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved