Lelaki parah diserang buaya ketika menjala ikan

Environment
27 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki parah diserang buaya ketika menjala ikan

JAKARTA – Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas diserang seekor buaya ketika menangkap ikan di muara sungai di daerah Pandeglang, wilayah Banten, lapor laman berita Lambe Turah.

Mangsa yang dikenali sebagai M. Romli, 50, menerima rawatan rapi di sebuah pusat kesihatan komuniti berikutan kecederaan  yang dialaminya.

Menurut Ketua Kampung Banyuasih, Iyat, insiden berlaku secara mengejut apabila mangsa yang sedang menebar jala  di kawasan muara tiba-tiba diserang reptilia ganas itu dari dalam air.

“Mangsa sedang mencari ikan di muara dan baru sahaja menebar jalan sebelum tiba-tiba dibaham seekor buaya pada kaki kanannya,” kata Iyat ketika ditemui pemberita.

Menyedari nyawanya terancam, mangsa nekad melawan pemangsa  dengan menggunakan kudratnya. 

Romli menendang kepala buaya terbabit berkali-kali menggunakan kaki kirinya sehingga reptilia berkenaan akhirnya melepaskan cengkaman.

Akibat pergelutan itu,mangsa mengalami luka koyak serius pada bahagian kaki kanan sebelum diselamatkan oleh penduduk setempat dan dikejarkan ke pusat perubatan berdekatan. – AGENSI

The post Lelaki parah diserang buaya ketika menjala ikan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved