Lelaki rugi RM10,000 ditipu ‘pegawai polis’

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 8:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki rugi RM10,000 ditipu ‘pegawai polis’

BAGAN DATUK – Seorang lelaki dari Hutan Melintang, di sini kerugian RM10,000 setelah terperdaya dengan penipuan panggilan telefon dari suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd. Jali berkata, pihaknya di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk menerima satu laporan polis dari seorang lelaki India berumur 31 tahun berkenaan penipuan tersebut, semalam.

Beliau berkata, semasa mangsa berada di rumahnya di Hutan Melintang, dia menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang bertutur dalam bahasa Melayu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Perak.

“Suspek memberitahu dua rakannya yang telah ditahan di lokap IPD Bagan Datuk akan diberi jamin polis dengan bayaran RM5,000 seorang.

“Mangsa mempercayai panggilan tersebut dan telah melakukan tiga kali transaksi ke dalam satu akaun disyaki akaun keldai seperti mana yang diarahkan oleh suspek,” katanya di sini hari ini.

Mohammad Ali berkata, mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu setelah hadir ke IPD Bagan Datuk dan pihak polis memberi penerangan bahawa tiada sebarang urusan jamin oleh pegawai penyiasat pada hari tersebut.

Beliau berkata, mangsa dalam kes tersebut mengalami kerugian sebanyak RM10,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu atau perdayaan secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahkan wang.

“Pelaku penipuan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan juga boleh dikenakan denda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki rugi RM10,000 ditipu ‘pegawai polis’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved