Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kebelakangan ini, bukan sahaja media sosial selalu keluar berita mengenai isu curang, skandal, dan masalah rumah tangga. Kadang-kadang sampai rasa macam true love atau lelaki setia ini sudah pupus dalam dunia realiti, kan?
Pun begitu, tidak dapat dinafikan sebenarnya masih ada lelaki yang membuktikan kesetiaan dan kasih sayang sejati itu wujud. Ini 5 kisah lelaki hebat yang boleh buat korang tersenyum sendiri dan kembali percaya pada cinta!
1. Fred Rogers (Mister Rogers) – “Sayang Itu Pilihan Setiap Hari”
Lelaki yang cukup terkenal menerusi rancangan televisyen Mister Rogers’ Neighborhood ini berkahwin dengan isterinya, Joanne Rogers, selama hampir 50 tahun sehingga ke akhir hayatnya.

Bagi Fred, kasih sayang bukan sekadar perasaan semata-mata, tapi satu pilihan yang dibuat setiap hari melalui tindakan. Yang paling menyentuh hati, isterinya pernah mendedahkan bahawa sifat penyayang dan hormat Fred di televisyen adalah persis sama seperti layanannya terhadap keluarga di rumah.
2. Jimmy Carter – 77 Tahun Bersama Mengharungi Susah Senang
Kisah bekas Presiden AS, Jimmy Carter dan isterinya Rosalynn Carter sering dianggap sebagai penanda aras perkahwinan paling kukuh dalam kalangan pemimpin dunia. Mereka memegang rekod perkahwinan terlama iaitu selama 77 tahun!

Dari zaman kempen politik, tekanan bergelar Presiden, sehinggalah ke fasa persaraan, mereka sentiasa bersama. Rahsia mereka mudah sahaja: sentiasa cari aktiviti dan bina pengalaman yang boleh dilakukan bersama-sama.
Artikel berkaitan: “Bukan sebab dah tak cinta…” – Ini 7 Alasan Psikologi Kenapa Orang Yang Baik Pun Boleh Curang
Artikel berkaitan: Netizen Kurang Senang Lihat Babak Mesra Dalam Drama ‘Luka Di Hujung Setia’, Ini Respon Zara Zya
3. John Wooden – Tidak Berhenti Menulis Surat Cinta Buat Isteri
Kisah jurulatih bola keranjang terkenal ini antara yang paling menyentuh perasaan. Selepas isterinya, Nellie, meninggal dunia pada tahun 1985, John memilih untuk tidak berkahwin lagi sepanjang 25 tahun baki hayatnya.

Apa yang membuatkan ramai sebak, pada 21hb setiap bulan (tarikh pemergian isterinya), John akan menulis surat cinta khas buat mendiang isterinya dan meletakkannya di atas katil. Bagi John, cintanya tidak pernah padam walaupun jasad pasangannya sudah tiada.
“Memang sedih tetapi tiada penyesalan. Saya seorang lelaki yang sangat bertuah kerana memiliki Nellie sepanjang tempoh itu,” luahnya.
4. Keanu Reeves – Percintaan Yang ‘Low-Key’
Pelakon popular Hollywood, Keanu Reeves dan pasangannya Alexandra Grant sering dipuji ramai kerana pendekatan hubungan mereka yang sangat matang.

Walaupun bergelar superstar, Keanu tidak pernah menjadikan hubungannya sebagai bahan publisiti atau meraih clout. Beliau sentiasa dilihat menyokong kerjaya pasangannya dengan penuh rasa hormat tanpa menceroboh ruang peribadi.
5. José Mujica – Setia Dalam Perjuangan
Bekas Presiden Uruguay yang terkenal dengan jolokan “Presiden Termiskin di Dunia” ini mempunyai kisah cinta yang sangat menginspirasikan bersama isterinya, Lucía Topolansky.

Mereka mengharungi pelbagai ujian bersama, termasuklah zaman penjarahan politik dan hidup serba sederhana di sebuah ladang kecil. Bagi Mujica, kejayaan sesebuah hubungan bukannya terletak pada mengawal pasangan, tetapi saling menghormati dan memberi ruang untuk menjadi diri sendiri.
Kepercayaan berkembang apabila pasangan saling menghormati, bukan saling mengawal. Kisah-kisah ini membuktikan bahawa cinta sejati dan lelaki setia itu bukan sekadar dongeng tetapi ia adalah satu realiti yang masih wujud jika dibina atas landasan yang betul.
Sumber: The Wooden Effect, Biography (1)(2), NBCLA, NYTimes
Kalau korang percaya kesetiaan masih penting dalam hubungan, sertai ikrar #KamiPilihSetia di pautan ini.
Kempen #KamiPilihSetia oleh Lobak Merah
Atau sertai kempen ini menerusi QR di bawah:

Sumber: Biography
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



![[VIDEO] ‘Orang cakap gila, saya akan terus mesej nombor arwah’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-05-at-11.10.00-AM-1024x576.jpeg?v=1785902068)

