Lelaki Tergamam, Bakal Isteri Minta Tanggung Tiket Penerbangan Rombongan Keluarga Dari Sarawak

15 Jan 2024 • 9:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiket penerbangan jadi isu sebelum berkahwin

Lelaki Tergamam, Bakal Isteri Minta Tanggung Tiket Penerbangan Rombongan Keluarga Dari Sarawak. Seorang pemuda dari Semenanjung amat teruja dan berdebar-debar menanti hari perkahwinannya dengan bakal isteri pilihannya dari Sarawak. Katanya, jarak jauh antara kampung halaman bukan masalah besar kerana hatinya telah tertambat pada calon isterinya itu.

Namun, lelaki berusia 31 tahun itu mengakui dirinya sedang diuji menjelang hari perkahwinan apabila membincangkan majlis bertandang di Semenanjung dengan bakal isterinya.

image is not available
Lelaki Tergamam, Bakal Isteri Minta Tanggung Tiket Penerbangan Rombongan Keluarga Dari Sarawak. Gambar hiasan: afyan.com

Beliau terkejut dengan permintaan ‘tidak masuk akal’ itu

Menurut sumber, bakal isterinya meminta agar dia menanggung kos penerbangan rombongan keluarga dan saudara-maranya dari Sarawak untuk majlis resepsi di Semenanjung.

Permintaan bakal isteri itu membuatnya terkejut dan rasa ‘ditampar’ kerana sedia maklum harga tiket penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak begitu mahal. Dia tidak dapat membayangkan kos yang tinggi jika melibatkan satu rombongan besar keluarga dan saudara-mara bakal isterinya.

Netizen turut setuju permintaan tersebut agak keterlaluan

Menjengah ke ruangan komen laman X pula, kebanyakan netizen juga turut terkejut dengan permintaan bakal pengantin perempuan yang dianggap keterlaluan itu. Mereka bersetuju bahawa harga tiket penerbangan ke Sarawak memang mahal, terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Bagaimanapun, segelintir netizen turut memberi cadangan agar kos penerbangan boleh ditanggung tetapi untuk ibu bapa bakal isteri sahaja sekiranya mereka tidak mampu.

Dalam pada itu, adik-beradik dan saudara-mara yang lain perlu tanggung sendiri jika sudah bekerja. Selain itu, majlis perkahwinan boleh digabungkan bagi menjimatkan kos.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan Semenanjung dan Sarawak:

https://www.iloveborneo.my/rakan-semenanjung-buat-kejutan-krismas-buat-anak-sarawak-tak-dapat-balik-kampung/

https://www.iloveborneo.my/sarawak-pilihan-pertama-guru-semenanjung-ini/