Lelaki tular cetus provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan: Polis rakam keterangan 7 saksi

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki tular cetus provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan: Polis rakam keterangan 7 saksi
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan lelaki yang disyaki mencetuskan provokasi di Dataran Putrajaya pada Isnin.

PUTRAJAYA - Polis telah merakam keterangan tujuh individu berhubung kes seorang lelaki yang dipercayai mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, keterangan saksi berkenaan dirakam bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian itu, setakat ini seramai tujuh saksi telah tampil untuk dirakam keterangan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Lelaki berusia 30 tahun yang juga seorang tukang masak telah ditahan di Putrajaya selepas lima laporan polis telah dibuat terhadapnya

Terdahulu media melaporkan, lelaki terbabit direman sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berbaju coklat mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas.

Aidi Sham dilaporkan berkata, lelaki terbabit dipercayai merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar masuk ke kawasan tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika orang ramai berkumpul untuk menunggu pintu masuk ke kawasan tempat duduk awam dibuka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved