Lelaki warga asing disyaki tikam dua beradik direman tujuh hari

4 Oct 2026 • 1:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki warga asing disyaki tikam dua beradik direman tujuh hari

KUALA LUMPUR – Lelaki warga asing yang ditahan selepas dipercayai memecah masuk sebuah rumah sebelum menikam dua beradik di Taman Sri Bintang, Kepong pada 29 September lalu direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, suspek direman bermula 30 September hingga 7 Oktober bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut beliau, setakat ini polis sudah merakam keterangan lima saksi terdiri daripada empat anggota polis dan seorang rakan suspek.

“Keterangan daripada mangsa, ahli keluarga serta suspek akan dirakam hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 5.04 pagi pada 29 September lalu, polis menerima panggilan memaklumkan mengenai seorang lelaki dipercayai memecah masuk sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Polis yang tiba di lokasi mendapati terdapat kesan kebakaran di bahagian luar rumah sebelum menemui dua mangsa yang juga adik-beradik dalam keadaan cedera dan bersembunyi di dalam tandas di tingkat bawah.

Susulan itu, suspek yang berada di tingkat atas rumah berkenaan ditemukan bersama sebilah pisau sebelum ditahan untuk siasatan.

Kedua-dua mangsa serta suspek yang mengalami kecederaan akibat tikaman kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki warga asing disyaki tikam dua beradik direman tujuh hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved