Letupan bom di Wilayah Satun: KPD, PGA diarah tingkatkan kawalan keselamatan

11 Nov 2026 • 4:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Letupan bom di Wilayah Satun: KPD, PGA diarah tingkatkan kawalan keselamatan

KANGAR: Arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Perlis agar mempertingkat kawalan keselamatan serta risikan di sepanjang sempadan, khususnya di pintu masuk utama negara susulan kejadian letupan bom di Wilayah Satun, Thailand.

Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim berkata pihaknya memandang serius dan sentiasa berwaspada terhadap insiden keganasan di wilayah selatan Thailand itu, yang bersempadan dengan negeri ini.

“Kerjasama dan perkongsian maklumat dengan pihak berkuasa Thailand turut diperkukuh bagi mengesan serta menangani sebarang potensi ancaman lebih awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini Bernama melaporkan tiga pelajar sekolah cedera termasuk seorang parah dalam letupan bom di Wilayah Satun, manakala beberapa siri serangan bom turut dilaporkan di Yala dan Songkhla pada malam tadi hingga pagi hari ini.

Hamzah berkata polis komited memastikan keselamatan negeri sentiasa terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman, manakala orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved