Liga Super: The Rhinos terus ‘mengganas’ kalahkan Penang FC

LocalFootball
28 Aug 2026 • 9:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: The Rhinos terus ‘mengganas’ kalahkan Penang FC

 

 

KOTA KINABALU – Sabah FC terus mempamerkan aksi meyakinkan apabila meraih kemenangan kedua dengan menundukkan Penang FC 2-0 pada aksi kedua Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Ia mengekalkan rekod bersih The Rhinos dalam dua perlawanan awal selepas cemerlang tundukkan Star City 3-1 pada perlawanan pertama, Isnin lalu.

Terdahulu, cuaca hujan menyaksikan beberapa kawasan di padang ditakungi air hingga sedikit menganggu rentak permainan malah pergerakan bola sering tersekat di kawasan ditakungi air.

Sabah FC menjadi pasukan yang lebih baik dengan memiliki peratusan penguasaan lebih besar berbanding Penang FC, mencipta tujuh percubaan dan empat daripadanya tepat ke gawang lawan.

Bagaimanapun, tiada jaringan dihasilkan sehingga minit ke-40 yang terhasil menerusi penyudah sempurna bintang import baharu, Gonzalo Di Renzo

Berpunca daripada hantaran lintang Miguel Cifuentes, Renzo bijak memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan sebelum tenang melakukan tampanan yang menewaskan penjaga gol lawan, Ramdhan Ab Hamid.

Kira-kira tujuh minit selepas aksi bersambung, tuan rumah makin selesa dan kali ini giliran Hanafie Tokyo merekodkan namanya selaku penjaring gol.

Jaringan itu seakan mula membangkitkan tenaga tambahan buat Penang FC yang makin ghairah untuk menekan benteng pertahanan tuan rumah.

Bagaimanapun, usaha keras yang cuba diatur oleh Penang FC tidak membuahkan hasil dimana pertahanan tuan rumah juga nyata cukup bersedia untuk melakukan halangan.

Selepas turut tewas kepada DPMM FC ada perlawanan pertama, keputusan kali ini nyata beri tamparan hebat buat Penang FC dan perubahan segera harus dibuat bagi mengelak pasukan terus terperosok di kelompok bawahan liga. – KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: The Rhinos terus ‘mengganas’ kalahkan Penang FC appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved