Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, cuba seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut

13 Oct 2026 • 10:37 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, cuba seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut

KUALA LUMPUR - Lima rakyat Malaysia ditahan selepas disyaki cuba menyeludup lima kilogram (kg) kokain yang dianggarkan bernilai AS$757,300 (kira-kira RM3.2 juta) dengan menyembunyikan dadah berkenaan dalam kasut, di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, pada Sabtu.

Memetik laporan NHK World, polis berkata, salah seorang suspek Mohd Danial Farhan Abdul Rahman dan tiga yang lain mengaku terhadap dakwaan berkenaan.

Manakala seorang lagi suspek menafikannya.

Menurut polis Tokyo, kelima-lima individu itu cuba memasuki Jepun dari Malaysia dengan membawa lima kilogram kokain yang dianggarkan bernilai AS$757,300 di pasaran gelap.

Pegawai kastam di lapangan terbang itu menemui bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik tapak kasut setiap seorang daripada lima individu berkenaan ketika pemeriksaan ketibaan mereka.

Mohd Danial Farhan dilaporkan berkata seseorang yang dikenalinya menerusi aplikasi memintanya membawa dadah terlarang ke luar negara.

“Beliau turut mendakwa ditawarkan bayaran sebagai upah dan diberikan sepasang kasut,’’ lapor NHK.

Polis dan pihak berkuasa lain percaya kelima-lima individu itu mungkin diarahkan untuk membawa dadah berkenaan masuk ke Jepun.

Siasatan sedang dijalankan dan pihak berkuasa mengesyaki kegiatan itu mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan antarabangsa. - 13 Oktober, 2026

The post Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, cuba seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved