
PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) arah barat dilaporkan perlahan susulan sebuah lori terbalik di Kilometer (KM) 29.6, antara Hicom dan Bukit Rimau, tengah hari ini.
Menurut makluman Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 12.08 tengah hari, kejadian itu menyebabkan lorong kiri dan tengah di lokasi berkenaan terhalang.
“Susulan berlakunya kenderaan terbalik di KM 29.6 arah barat, Hicom-Bukit Rimau, lorong kiri dan tengah terhalang. Trafik perlahan.
“Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu,” menurut makluman itu.
Sementara itu, rakaman yang dikongsikan di media sosial menunjukkan sebuah lori berada dalam keadaan mengiring di atas lebuh raya berhampiran susur keluar Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Kenderaan berat itu dilihat merentangi sebahagian laluan dan menyebabkan pengguna jalan raya hanya dapat melalui lorong yang masih terbuka.
Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai punca kejadian atau keadaan pemandu lori berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Lori terbalik halang dua lorong Kesas punca trafik sesak appeared first on Kosmo Digital.




![[VIDEO] ‘Bukan ada konsert tapi ini ‘healing’ cara lelaki’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-28-at-13.05.36-1024x766.jpeg)

