LTdL 26: Ren Bao intai magis buru podium baki dua peringkat

2 Oct 2026 • 1:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: LTdL 26: Ren Bao intai magis buru podium baki dua peringkat

MELAKA – Pelumba berbakat negara, Tsen Ren Bao enggan pulang dengan tangan kosong apabila meletakkan sasaran memburu sekurang-kurangnya satu penamat di atas pentas podium pada dua peringkat terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26).

Tonggak pasukan Australia, St George Continental Cycling Team itu melihat profil laluan Peringkat 7 dan 8 sebagai peluang terbaiknya untuk mencipta kejutan menerusi penamat pecutan beramai-ramai.

Menurut pelumba berusia 23 tahun itu, dua peringkat penamat berkenaan yang kebanyakannya landai memberi ruang ideal buat pakar pecut mengerah kudrat terakhir sebelum tirai jelajah edisi ke-30 berkenaan melabuhkan tirai secara rasmi Ahad nanti di Putrajaya.

“Bagi Peringkat 7 dan 8, saya harap ia berakhir dengan pecutan berkelompok. Itu sahaja percaturan utama saya. Sasaran saya memang podium, mesti kena ambil sekurang-kurangnya satu bawa balik ke rumah,” katanya.

Peringkat 7 esok bakal membabitkan kayuhan sejauh 158.9 kilometer (km) dari Dataran Pahlawan, Melaka menuju ke Jalan Rahmat, Batu Pahat.

Laluan landai tanpa sebarang zon pendakian itu menawarkan tiga zon pecutan di Tangkak, Bukit Kepong dan Parit Sulong.

Kemuncak saingan kemudian diteruskan pada Peringkat 8 esok sejauh 188.3 km dari Dataran Tanjung Emas, Muar ke Presint 3, Putrajaya.

Laluan terakhir itu merentasi zon pecutan di Simpang Ampat, Seremban dan Nilai, selain satu zon pendakian Kategori 3 di Bukit Mantin.

Terdahulu, Ren Bao muncul pelumba Malaysia pertama melintasi garisan penamat pada Peringkat 4 di penamat Cameron Highlands pada Rabu lalu. -KOSMO! ONLINE

The post LTdL 26: Ren Bao intai magis buru podium baki dua peringkat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved