Lumba haram sampai sekat lebuh raya, polis giat kesan individu terlibat

23 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Lumba haram sampai sekat lebuh raya, polis giat kesan individu terlibat

KULAI – Polis mengesan sekumpulan individu dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram serta menutup laluan bagi memberi ruang kepada aksi berkenaan di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Sabtu lalu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku dari arah Susur Tol Senai Utara hingga Susur Johor Premium Outlet (JPO).

Menurut kenyataan itu, pihak polis menerima laporan berhubung penyebaran video kejadian dan kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penunggang motosikal serta individu lain yang berada di lokasi.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai turut menjalankan siasatan susulan penyebaran video terbabit.
“Pihak polis juga telah berhubung dengan PLUS Malaysia Berhad bagi mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

Polis turut memaklumkan seorang individu yang dipercayai berada di lokasi kejadian telah dikenal pasti.

Menerusi video yang tular, dua penunggang motosikal dilihat bersaing sesama sendiri, termasuk melakukan aksi ‘Superman’ ketika menunggang.

Beberapa individu lain pula dipercayai berada di bahu lebuh raya sambil menyaksikan perlumbaan berkenaan.

Tindakan menutup laluan dan mengadakan aksi lumba haram itu mengundang rasa tidak puas hati orang ramai kerana dipercayai menghalang pergerakan pengguna lebuh raya lain selain boleh mengancam keselamatan semua pihak.

Polis memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang perkembangan berkaitan kes berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

The post Lumba haram sampai sekat lebuh raya, polis giat kesan individu terlibat appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved