“Maaf Itu Melampau” – Uqasha Senrose Kecewa Kontroversi & Kecaman Drama Madu Atau Racun Libatkan Anak

Entertainment
3 Sep 2026 • 11:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak beberapa hari ini, drama ditayangkan di platform penstriman iQIYI, Madu atau Racun arahan Eyra Rahman telah mencetuskan kontroversi dan mengundang kecaman ramai di platform media sosial.

Hal ini kerana terdapat beberapa babak dalam drama tersebut dipercayai menyentuh sensitiviti agama dan melibatkan hubungan songsang (LGBTQ).

Pelakon membintangi drama itu, Uqasha Senrose kemudiannya tampil bersuara dan memberi respon mengenai kecaman hebat yang diterimanya serta tempias terhadap anaknya.

‘Jangan Terus Judge, Tonton Dahulu & Nilai’ – Uqasha Senrose

Jelasnya, ramai warganet yang hanya melontarkan kritikan selepas menonton beberapa klip yang disunting dan dimuat naik semula di media sosial tanpa menonton serta menunggu sehingga keseluruhan episod drama itu ditayangkan.

“Apa yang korang tengok, bukan keseluruhan cerita dan setiap episod? Hanya tengok klip-klip yang sudah disunting?

“Setiap jalan cerita pasti ada ujian, pengajaran, iktibar dan keinsafan. Cuba tengok sampai episod terakhir dan nilailah selepas itu.

“Jangan terus ‘judge’ macam tiada hari esok sampai ke ‘personal’ (hal peribadi) pun korang sentuh,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Uqasha Bidas Netizen Yang Babitkan Anak Dalam Kontroversi Madu Atau Racun

Menerusi satu lagi perkongsian, Uqasha turut meluahkan rasa kecewanya apabila segelintir pihak mempersoalkan agama dan melibatkan anaknya dalam isu terbabit.

Menurut Uqasha, perbuatan netizen yang menyentuh soal anak perempuannya adalah melampaui batas.

“Sampai mempersoalkan Islam ke? Masing-masing ada anak perempuan sampai sentuh anak. Maaf, itu sudah terlalu melampau.

“Baru episod berapa, terus kena kecam sampai ke anak-anak. Ya Rabbi. Yang ‘judge’ semua ini rasanya bukan tengok cerita, tapi tengok apa yang lalu di FYP (for you page) sahaja.

“Tengok cerita. Tengok isi kandungan cerita. Agak melampau juga korang yang bercakap sedap mulut ini,” tambahnya lagi.

‘Boleh Tak Setuju Dengan Karya, Tapi Jangan Serang Individu Di Sebaliknya’ – Seniman

Dalam pada itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) meminta orang ramai agar tidak menyerang pelakon mahupun kru produksi berhubung isu drama Madu atau Racun.

Menurut Presidennya, Rozaidi Abdul Jamil atau dikenali sebagai Zed Zaidi, pihaknya mengambil maklum tentang isu yang timbul namun beliau menegaskan, masyarakat perlu membezakan antara karya dengan individu yang menjayakan sesebuah karya.

“Pelakon, pengarah dan kru produksi menjalankan tugas mereka berdasarkan watak serta skrip yang diberikan.

“Mereka tidak seharusnya menjadi sasaran kecaman, penghinaan atau serangan peribadi hanya kerana membawa sesuatu watak dalam sebuah karya.

“Kita boleh tidak bersetuju dengan sesuatu karya, boleh mengkritik kandungannya tetapi jangan serang manusia di sebalik karya tersebut,” kata Seniman dalam satu kenyataan.

Untuk info, drama terbitan iQIYI ini turut menampilkan Aliff Aziz dan Elisya Sandha sebagai pelakon utama.

Kerajaan Tidak Kompromi Dengan Drama & Filem Sentuh Sensitiviti Agama

Sebelum ini, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak penerbitan drama serta filem yang bertindak menyentuh sensitiviti agama serta kaum di dalam karya mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Drama Madu Atau Racun: Kerajaan Tidak Kompromi Dengan Drama & Filem Sentuh Sensitiviti Agama Serta Kaum – Fahmi Fadzil

MIG Mohon Maaf, iQIYI Setuju Turunkan Sementara 6 Episod Yang Dah Ditayang

Susulan kritikan dan keresahan ramai, syarikat penerbitan, Metrowealth (MIG) semalam (2 September) telah tampil memohon maaf selain menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah berniat untuk menyentuh, memperlekeh atau dengan sengaja menimbulkan sebarang kontroversi.

Dalam pada itu, platform penstriman, iQIYI turut bersetuju untuk menurunkan sementara enam episod drama tersebut yang telah disiarkan manakala, baki enam episod lagi akan ditangguhkan.

Langkah itu bagi membolehkan kesemua 12 episod drama terbabit disunting dan dinilai semula.

Baca Artikel Berkaitan: Kontroversi Drama Madu Atau Racun: MIG Mohon Maaf, iQIYI Akan Sunting Babak Keterlaluan

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Tolak Tayangan Drama ‘Madu Atau Racun’, JAKIM Akan Semak & Ambil Tindakan Susulan – Menteri Agama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved