
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada ketika ini, umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia masih lagi sedang dalam mood menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bila sebut sahaja tentang perayaan ini, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan juadah raya seperti lemang, ketupat dan rendang.
Malah, ia juga sinonim dengan pemberian duit raya khususnya kepada kanak-kanak. Bagi kebanyakan orang, nilai duit raya yang diberi sudahpun ditetapkan.
Ada yang meletakkan RM3 dan RM5 sebagai penanda aras tanpa mengira status kanak-kanak tersebut.
Datuk Guna Cara Kreatif, Minta Cucu Pusingkan Roda Tentukan Nilai Duit Raya
Namun, berbeza pula dengan seorang datuk yang menggunakan cara kreatif menentukan nilai duit raya buat cucu-cucu kesayangannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @dinsperabot kelihatan lelaki warga emas berkenaan meminta setiap cucunya memusing kad berbentuk roda iaitu lucky draw spinning wheels yang sinonim dengan program Wheels of Fortune atau Roda Impian.
Malah, dia juga teruja setiap kali menunggu berapakah nilai yang diperolehi cucunya selepas membuat putaran tersebut.
“Duit raya untuk cucu-cucu, hiburan keluarga di hari raya,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Siap Ada Kotak Misteri, Ada Cucu Dapat Duit Raya RM500
Lebih menarik, nilai duit raya yang bakal diterima bukanlah sedikit sebaliknya nilai paling rendah adalah RM50 sehinggalah ke paling tinggi RM500.
Malah, terdapat bahagian kotak misteri (mystery box) yang bakal ‘dimenangi’ oleh si cilik.
Menerusi perkongsian video tersebut, lebih daripada empat orang cucu warga emas berkenaan kelihatan gembira dan teruja bermain permainan seperti program Roda Impian satu ketika dahulu.
Malah, melalui perkongsian itu, salah seorang cucu lelaki berkenaan ada memenangi kotak misteri yang mengandungi hadiah berupa wang tunai RM400.
Duit Raya utk cucu2, Hiburan keluarga di HariRaya.
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Teruja, Ada Yang Berseloroh Nak Jadi Cucu Angkat
Video yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat cara kreatif lelaki berkenaan memberi duit raya kepada cucu-cucunya.
Malah, ada yang berseloroh mahu menjadi cucu angkat dek kerana nilai duit raya yang diberikan oleh lelaki itu.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan kesejahteraan warga emas itu kerana tidak berkira dengan ahli keluarga.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Terbaik La Dapat Atuk Buat Game Macam Ini, Sekurangnya-Kurangnya Lebih Rapat Hubungan Dengan Cucu”

“Kena Nasib Budak Ni Semua Spin Dapat RM500, Pening Kepala Atuk”

“Bestnya Dapat Atuk Macam Ini, Mesti Setiap Tahun Tak Sabar Nak Balik Kampung”

“Macam Mana Nak Apply Jadi Cucu Ye”

“Atuk Dia Pun Mungkin Dah Standby RM5K Untuk Anak Cucu”

“Kalau Nak Ong, Kena Sebut ‘Saya Putar Atuk, Wang Besar! Wang Besar”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam YB” – Murid Beri Duit Raya Kepada Rakan Kelas Siap Salam Cium Tangan Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Ibu Bapa Kumpulkan Duit Raya Anak-Anak & Bahagi Sama Banyak?
Baca Artikel Berkaitan: Bagi Duit Raya & Sumbangan Kepada Dua Beradik Jual Mangga, Video Lelaki Ini Buat Netizen Terharu
Source:


