Mahkamah sahkan lafaz talak, Aslam dan Marissa sah berpisah

23 Jun 2026 • 11:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemelut rumah tangga pempengaruh Ahmad Aslam dan Marissa Dania akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa memutuskan mereka tidak lagi bergelar suami isteri.

Sah berpisah

Image from: Mahkamah sahkan lafaz talak, Aslam dan Marissa sah berpisah

Memetik laporan mStar, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan sebelum ini.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser, mahkamah mendapati lafaz talak yang dibuat sebelum ini adalah sah sekali gus menyebabkan perkahwinan pasangan itu terbubar.

“Hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhlah talak.
“Hakim ada banyak keputusan dan terma yang dinyatakan dalam penghakiman, tetapi secara ringkasnya kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri.
“Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu,” katanya kepada media.

Bukan itu sahaja, Aslam dan Marissa menjadi perhatian apabila hadir ke mahkamah secara berasingan bagi mengikuti prosiding berkenaan.

Image from: Mahkamah sahkan lafaz talak, Aslam dan Marissa sah berpisah

Ketika ditemui media, Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, mengesahkan bahawa dia dan Marissa, 21, kini tidak lagi tinggal sebumbung.

Sementara itu, Marissa memilih untuk tidak memberikan ulasan lanjut berhubung keputusan mahkamah, sebaliknya hanya memaklumkan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Artikel lain: Belum ada kata putus, Marissa Dania & Aslam masih sah suami isteri

Untuk rekod, Aslam telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah sama pada 10 Mac lalu.

Sebelum ini, pasangan itu hadir ke mahkamah pada Mei tahun lalu bagi proses pengesahan pernikahan selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan tersebut sebelum ini mencuri perhatian ramai kerana Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.

Sumber: mStar 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved