Malaysia Dilaporkan Pertimbang Menggunakan Cip Huawei Untuk Ekosistem AI Berdaulat

LocalTechnology
7 Sep 2026 • 8:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia Dilaporkan Pertimbang Menggunakan Cip Huawei Untuk Ekosistem AI Berdaulat

Malaysia kini dilaporkan sedang pertimbangkan untuk menggunakan cip keluaran Huawei dalam menguasakan usaha kecerdasan buatan berdaulat tersendiri, sekaligus memperlihatkan penggunaan teknologi yang dihasilkan China, dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi Amerika Syarikat.

Buat masa ini, ia diperkatakan masih pada fasa pertimbangan dan penilaian. Sejak Huawei dikenakan sekatan, mereka telah mula melakukan pelaburan tinggi dalam membangunkan teknologi kendiri sepenuhnya, termasuk untuk cip pemprosesan peranti, pusat data, dan juga untuk tujuan kecerdasan buatan. Langkah ini juga menyaingi sejumlah syarikat di Amerika, termasuk NVIDIA.

Antara cip yang dikatakan sedang dinilai adalah termasuk Ascend 910C. Amerika Syarikat sendiri tidak mengemari perkembangan dari China, dan sedia memberikan amaran terhadap sesiapa yang menggunakan teknologi China, termasuk cip Huawei ini.

Pelbagai negara kini sedang melihat untuk membangunkan teknologi berdaulat masing-masing, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada teknologi barat. Salah satu sebabnya adalah disebabkan akta US Cloud Act yang membolehkan syarikat teknologi Amerika untuk memberikan data kepada pihak kerajaan sana, walaupun data tersebut disimpan di pusat data luar Amerika Syarikat. PM Anwar Ibrahim sendiri sedia menyatakan perundangan ini adalah tidak masuk akal.

Sekiranya Malaysia menggunakan cip Huawei, ia akan menjadikan Malaysia antara negara pertama menggunakannya, dan mungkin seluruh dunia akan menyaksikan apakah reaksi Amerika Syarikat terhadap langkah berkenaan. Buat masa ini, tiada sebarang perkara yang pasti, dan semuanya dilaporkan masih dalam fasa penilaian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved