Malaysia-India intai kerjasama industri semikonduktor

LocalTechnology
26 Oct 2026 • 4:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia-India intai kerjasama industri semikonduktor

PETALING JAYA – Malaysia dan India memberi tumpuan kepada kerjasama industri semikonduktor, termasuk pembangunan bakat, pertukaran kepakaran dan peluang pelaburan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu antara dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan Menteri Kewangan, Pembangunan Bandar dan Perumahan Bandar Kerajaan Gujarat, Shri Kanubhai Desai bersama delegasi beliau.

“Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan India, khususnya Gujarat.

“Keupayaan Malaysia dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan semikonduktor dapat melengkapi kekuatan India dalam reka bentuk cip serta kejuruteraan, sekali gus memperkukuh rantaian nilai kedua-dua negara,” katanya pada hantaran Facebook, hari ini.

Johari berkata, beliau turut menyambut baik usaha mempromosikan Vibrant Gujarat Global Summit 2027 sebagai platform untuk memperluas kerjasama antara syarikat Malaysia dengan Gujarat, khususnya dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kecerdasan buatan. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia-India intai kerjasama industri semikonduktor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved