Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok mendedahkan dia kini lebih selesa menjalani kehidupan sederhana serta memilih untuk berjimat dengan mengurangkan penggunaan kereta mewah.
Memetik laporan mStar Online, Wak berkata beberapa kereta mewah miliknya sudah dijual kerana dia tidak mahu terus dibebani dengan komitmen bulanan yang tinggi, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
View this post on Instagram
Menurut Wak, dia kini lebih kerap menggunakan Perodua Myvi bagi urusan harian kerana kenderaan tersebut lebih menjimatkan minyak.
“Untuk hari minggu saya akan pandu kereta Myvi sebab waktu kerja dan sangat jimat minyak, manakala untuk hujung minggu pula saya akan gunakan kereta mahal Mustang.
“Banyak kereta mewah saya sudah jual dan hanya tinggal tiga buah saja, ini kerana tidak mahu menanggung kos bebanan setiap bulan dan sekarang ini lebih selesa naik perodua Myvi saja,” katanya.
Dalam pada itu, Wak turut menegaskan dia tidak terlalu memikirkan pandangan orang ramai yang mungkin membuat andaian mengenai keadaan kewangannya selepas memilih untuk menggunakan kereta lebih sederhana.
Baginya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan keperluan dan tanggungjawab sendiri kerana dia yang perlu menanggung segala komitmen setiap bulan.
“Saya tidak kisah orang nak cakap apa sebab bukannya mereka yang tanggung saya setiap bulan, orang nak cakap saya tak ada duit itu semua tidak benar, sekarang masih ada duit cumanya lebih berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni,” katanya.
Wak berkata langkah berjimat cermat itu bukan bermaksud dirinya berdepan masalah kewangan, sebaliknya lebih kepada usaha mengurus perbelanjaan dengan lebih baik ketika kos kehidupan dan keadaan ekonomi semakin mencabar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Dengan Syafiq Azim, Peguam Dedah Status Hadanah & Nafkah
The post “Masih Ada Duit, Cuma Berjimat” – Wak Doyok Jual Kereta Mewah, Kini Selesa Naik Myvi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





