‘Masukkan sistem pembetungan dalam projek naik taraf pesisir pantai Likas’

LocalEnvironment
2 Aug 2026 • 9:55 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

‘Masukkan sistem pembetungan dalam projek naik taraf pesisir pantai Likas’

KOTA KINABALU: Adun Likas, Tham Yun Fook menggesa pihak berkuasa memastikan sistem pembetungan dan rawatan air sisa yang menyeluruh dimasukkan dalam cadangan projek menaik taraf Likas Waterfront bagi mengelakkan pencemaran di Teluk Likas.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan kerjasama antara Sedco, Sedcovest Holdings Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk membangunkan semula kawasan itu, termasuk menaik taraf Anjung Selera dan Anjung Perdana, menjelang Tahun Melawat Sabah 2027.

Tham berkata, inisiatif itu selaras dengan gesaan beliau sebelum ini di Dewan Undangan Negeri supaya kerajaan membangunkan lebih banyak produk dan tarikan pelancongan di kawasan Likas bagi merancakkan sektor pelancongan serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

“Likas mempunyai lokasi strategik, pemandangan teluk yang indah serta kemudahan awam yang baik. Jika dirancang dengan teliti, projek ini boleh menjadi satu lagi tarikan utama di Kota Kinabalu, di samping memberi manfaat kepada peniaga tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pembangunan itu perlu disertakan dengan kemudahan pembetungan dan rawatan air sisa yang mencukupi bagi mengelakkan pencemaran Teluk Likas.

“Kita tidak mahu projek yang kelihatan menarik pada zahirnya tetapi akhirnya mencemarkan laut dan menjejaskan alam sekitar. Pembangunan, pelancongan dan kelestarian alam sekitar perlu bergerak seiring,” katanya.

Tham turut menggesa pihak berkuasa berkaitan mendapatkan pandangan penduduk setempat dan pengusaha perniagaan serta mendedahkan pelan pelaksanaan secara terperinci bagi memastikan ketelusan dan manfaat jangka panjang kepada orang ramai.

“Saya menyokong inisiatif pembangunan ini, namun pada masa sama mahu memastikan Likas Waterfront dibangunkan secara mampan demi kepentingan rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved