
KUALA LUMPUR – Cubaan ‘mat rempit’ beraksi di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) awal pagi tadi terbantut apabila 41 motosikal disita dan lima individu ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, sebanyak 778 motosikal diperiksa dengan 414 saman dikeluarkan dalam operasi berkenaan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 369 saman dikeluarkan JSPT Kuala Lumpur, manakala 45 saman lagi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Gombak.
“JSPT Kuala Lumpur menyita 38 motosikal, manakala BSPTD Gombak menyita tiga motosikal.
“Seramai lima individu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak melakukan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, menunggang secara berbahaya serta terbabit dalam aktiviti lumba haram. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Mat rempit’ masuk pukat, 41 motosikal disita appeared first on Kosmo Digital.


![[KEMASKINI] Penunggang skuter rentung di LPT 2 dikenal pasti seorang guru](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/RENTUNG-MENINGGAL-DUNIA-1024x768.jpeg)



