Maybank lantik bekas CEO Malaysia Aviation, Izham Ismail dalam Lembaga Pengarah

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2026 • 6:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maybank lantik bekas CEO Malaysia Aviation, Izham Ismail dalam Lembaga Pengarah Image from: Maybank lantik bekas CEO Malaysia Aviation, Izham Ismail dalam Lembaga Pengarah amree13/11/2026 - 18:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Nov – Malayan Banking Berhad (Maybank) melantik bekas peneraju Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 15 November 2026.

 

Beliau pernah memimpin MAG sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan syarikat penerbangan nasional berkenaan dari 2017 hingga bersara pada 31 Januari 2026.

 

Izham, 65, memulakan kerjaya bersama Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada 1979 sebelum memegang pelbagai jawatan kanan dalam pengurusan dan operasi syarikat penerbangan tersebut.

 

Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuk Ketua Pegawai Hasil dari 2019 hingga 2023, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dari 2016 hingga 2017 serta CEO MASwings Sdn Bhd pada 2016.

 

"Izham tidak memegang jawatan pengarah lain dalam mana-mana syarikat awam atau tersenarai dan tidak mempunyai kepentingan dalam sekuriti Maybank," maklumnya kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

 

Bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (1HFY26), keuntungan bersih Maybank susut kepada RM5.17 bilion berbanding RM5.22 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Hasil kumpulan perbankan tersebut turut dilaporkan menurun kira-kira 8.7% kepada hanya RM30.99 bilion daripada sebanyak RM33.95 bilion yang pernah dicatatkan setahun lalu.

 

Di Bursa Malaysia, saham Maybank meningkat tiga sen atau 0.3% kepada RM9.94 pada penutup dagangan Jumaat, sekali gus memberikan permodalan pasaran sebanyak RM120.68 bilion.

 

Bagaimanapun, harga saham bank terbesar Malaysia itu sudah merosot hampir 20% berbanding paras tertinggi sejak awal tahun ini mencecah sebanyak RM12.38. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved