MBDK serbu premis alat ganti kenderaan terpakai di Bukit Kapar

LocalCars
12 Aug 2026 • 3:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MBDK serbu premis alat ganti kenderaan terpakai di Bukit Kapar
Anggota penguat kuasa MBDK menjalankan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan di sebuah premis alat ganti kenderaan terpakai di Jalan Jaya Setia, Kampung Bukit Kapar di sini.

KLANG - Premis alat ganti kenderaan terpakai di Jalan Jaya Setia, Kampung Bukit Kapar, di sini, dikenakan tindakan penguatkuasaan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

MBDK dalam kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati premis itu sudah ditutup dan tiada individu berada di dalamnya ketika pemeriksaan dijalankan.

Kenyataan itu memaklumkan, Jabatan Perancang Bandar mengeluarkan satu Notis Arahan Pemulihan Tapak dan Memberhentikan Aktiviti di bawah Seksyen 18, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

"Selain itu, satu Notis Arahan Penutupan Premis turut dikeluarkan Jabatan Pelesenan di bawah UUK 3 PTPP (MPK) 2007.

"MBDK akan terus mempergiatkan operasi bersepadu dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Operasi itu membabitkan kerjasama Pejabat Tanah Daerah Klang, Jabatan Pelesenan, Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Penguatkuasa MBDK.

Menurut MBDK, operasi itu dijalankan bagi memastikan aktiviti serta penggunaan premis mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan.

"MBDK berharap peniaga mematuhi syarat yang ditetapkan serta tidak menjejaskan kepentingan awam," katanya.

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved