Van jenazah hilang ditemui dalam serbuan bengkel

12 Aug 2026 • 9:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Van jenazah hilang ditemui dalam serbuan bengkel
Sebuah van jenazah yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui dalam serbuan di sebuah premis bengkel kenderaan lama dan terpakai di Bukit Kapar, Klang pada Jumaat lalu. - Gambar hiasan

KLANG - Sebuah van jenazah yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui dalam serbuan di sebuah premis bengkel kenderaan lama dan terpakai di Bukit Kapar, Klang pada Jumaat lalu.

Serbuan yang dijalankan pada jam 7.20 malam itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 20an yang bekerja di bengkel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pemeriksaan dan serbuan dilakukan susulan maklumat berkaitan sebuah van jenazah yang dipercayai dicuri di Subang Jaya, Selangor.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis merampas beberapa buah kenderaan termasuk sebuah van jenazah yang dipercayai dicuri di Subang Jaya.

"Seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 20an yang merupakan pekerja bengkel berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963/59 dan Seksyen 6 Akta Perniagaan Sekendhend 1946.

"Siasatan lanjut dikendalikan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Sarjan Zabirin Mohd Kamaron.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved