MCMC siasat akaun Facebook disyaki hina Sultan Selangor

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 3:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MCMC siasat akaun Facebook disyaki hina Sultan Selangor
MCMC membuka kertas siasatan berhubung satu kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook yang disyaki mengandungi unsur jelik melampau terhadap Sultan Selangor . Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan berhubung satu kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook yang disyaki mengandungi unsur jelik melampau terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan berkenaan turut menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Menurut kenyataan itu, rakaman percakapan individu terbabit telah dijalankan di Balai Polis Sri Petaling bagi membantu siasatan.

MCMC memaklumkan, satu unit telefon bimbit bersama satu kad SIM turut disita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"MCMC memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang disyaki mengandungi maklumat palsu atau unsur penghinaan terhadap institusi diraja, khususnya kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang negara. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved