MediaTek Mengacahkan Pengumuman “Pengalaman Perkomputeran Baru” Yang Akan Diperkenalkan Di Computex Taipei

TechnologyDigital
26 May 2026 • 12:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MediaTek, syarikat pereka cip pemprosesan disebalik model cip pemprosesan seperti Dimensity, Helio dan Pentonic hari ini telah mengacah satu pengumuman mengenai penjenamaan baru yang dinamakan “One MediaTek” yang nampaknya akan memperkenalkan penawaran pemprosesan AI berkuasa dalam peranti kelas pengguna.

One MediaTek nampaknya akan memfokuskan kemampuan pemprosesan AI dari peranti pengguna seperti komputer riba sehinggalah cip pemprosesan yang akan menguasakan mesin pelayan awanan dan AI.

— MediaTek (@MediaTek) May 25, 2026

Buat masa ini ia masih tidak diketahui jika pengumuman ini ada sebarang kaitan dengan pengumuman yang akan dibuat oleh NVIDIA berkenaan siri cip pemprosesan NVIDIA N1 mereka, yang dilihat akan digunakan untuk menguasakan komputer riba pengguna yang dijangka boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk pembangunan sistem AI, tetapi juga untuk tujuan gaming yang disokong pada sistem operasi Windows For Arm.

Image from: MediaTek Mengacahkan Pengumuman “Pengalaman Perkomputeran Baru” Yang Akan Diperkenalkan Di Computex Taipei

Jangkaan kami ialah MediaTek akan membuat pengumuman berkenaan cip pemprosesan mereka sendiri, disamping akan memberikan sedikit maklumat tentang penglibatan mereka dengan pembangunan cip NVIDIA N1 ini. MediaTek akan hadir dengan reruai mereka sendiri di acara Computex Taipei 2026, dan akan memperlihatkan penawaran-pemawaran terbaru mereka di sana.