Mek Yun mohon maaf selepas keluarkan kenyataan berhubung kes Rocky

3 Aug 2026 • 12:56 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Mek Yun memohon maaf berhubung kenyataan mengenai kes kematian anjing peliharaan Rocky di Pelabuhan Klang.

Pempengaruh, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Mun Nee memohon maaf berhubung video dan kenyataan yang dikeluarkannya berkaitan kes kematian anjing peliharaan bernama Rocky di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di media sosial, Mek Yun mengakui kesilapannya kerana membuat kesimpulan terlalu awal berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai tanpa mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, beliau sepatutnya memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk menjelaskan perkara sebenar serta menunggu hasil siasatan dan fakta lengkap sebelum mengeluarkan sebarang pandangan.

“Mek Yun sedar pada waktu itu, Mek Yun terlalu cepat membuat kesimpulan berdasarkan info yang orang-orang kongsi kepada Mek Yun dan hanya melihat daripada satu pihak sahaja.

“Mek Yun sepatutnya memberi ruang untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak serta menunggu siasatan dan fakta yang lengkap sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

Image from: Mek Yun mohon maaf selepas keluarkan kenyataan berhubung kes Rocky
Video dipadam

Mek Yun turut memaklumkan beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan tersebut dan memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan, khususnya ibu bapa yang kecewa dengan video yang dimuat naik sebelum ini.

Beliau berkata video berkenaan telah dipadam selepas menyedari tindakan mengeluarkan kenyataan tanpa mendapatkan maklumat menyeluruh adalah satu kesilapan.

Baca juga:
Image from: Mek Yun mohon maaf selepas keluarkan kenyataan berhubung kes Rocky

Dalam pada itu, Mek Yun berterima kasih kepada orang ramai yang menegurnya dan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati serta bertanggungjawab sebelum berkongsi pandangan pada masa akan datang.

Kronologi kejadian isu Rocky

Terdahulu, kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky ketika operasi di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sebelum ini menjelaskan kejadian itu berlaku selepas seorang individu didakwa bertindak agresif dan cuba memotong tali ‘loop’ yang digunakan anggota penguat kuasa ketika operasi.

Menurut MBDK, individu berkenaan turut didakwa mengugut untuk mencederakan diri sekiranya anjing terbabit tidak dilepaskan, sehingga berlaku insiden tarik-menarik yang menyukarkan anggota melonggarkan peralatan.

Anjing berkenaan kemudian disahkan mati ketika kekecohan tersebut berlaku.

MBDK turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan menghalang penjawat awam serta ancaman menggunakan senjata tajam, manakala siasatan lanjut diserahkan kepada polis.

The post Mek Yun mohon maaf selepas keluarkan kenyataan berhubung kes Rocky appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved