Kilafairy Mohon Maaf, Akui Kata-Kata Mengenai Kes Rocky Terlalu Keras

3 Aug 2026 • 6:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas menerima pelbagai teguran, pelakon Kilafairy tampil memohon maaf secara terbuka berhubung hantaran dibuatnya di Threads beberapa hari lalu.

Hantaran berkaitan kematian seekor anjing bernama Rocky itu mengundang reaksi ramai. Apabila menilai semula tulisannya, Kilafairy mengakui kata-kata yang digunakan terlalu keras.

Kilafairy akui masih belajar perbaiki diri

Image from: Kilafairy Mohon Maaf, Akui Kata-Kata Mengenai Kes Rocky Terlalu Keras
Kredit Foto: Threads

Kilafairy berkata, dia hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna dan masih belajar untuk menjadi individu lebih baik setiap hari.

Dia turut menghargai semua pihak yang menegur serta memberikan nasihat kepadanya ecara peribadi dan tertutup.

First of all, Kila nak minta maaf atas pemilihan kata kata yang Kila gunakan di Threads beberapa hari lepas. Looking back at it, yes, it was very harsh. Sorry guys.. im just a human, tak sempurna, and still learning to be a better person every single day.- Katanya.

Teliti penjelasan kedua-dua pihak

Image from: Kilafairy Mohon Maaf, Akui Kata-Kata Mengenai Kes Rocky Terlalu Keras
Kredit Foto: Threads

Dalam kenyataan sama, Kilafairy memaklumkan dia sudah meneliti penjelasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai kes Rocky.

Menurutnya, perkara seperti itu seharusnya dikendalikan secara adil dan aman oleh semua pihak tanpa mencetuskan lebih banyak kebencian.

kilafairy

Kilafairy juga berharap masyarakat dapat bersama-sama membina dunia yang lebih baik, berperikemanusiaan dan berlaku adil terhadap semua ciptaan Allah.

Katanya, kasih sayang itu bukan sahaja perlu diberikan kepada manusia, malah kepada haiwan. Dia turut membawa mesej “all love, no hate” dalam kenyataan tersebut.

The post Kilafairy Mohon Maaf, Akui Kata-Kata Mengenai Kes Rocky Terlalu Keras appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved