“Memberi keringanan kepada ibu bapa” – Fadhlina Sokong Inisiatif Beli Baju Sekolah Secara Ansuran

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft fadhlina NADI

Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang membuat khidmat menjahit dan menjual pakaian seragam sekolah secara ansuran bagi meringankan beban ibu bapa telah menerima sokongan daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Bagi beliau, usaha NADI dalam memberikan dorongan kepada komuniti menerusi pembuatan baju seragam sekolah itu disifatkan sebagai satu inisiatif yang sangat penting serta memberi manfaat kepada rakyat.

Artikel berkaitan: “Saya tak rasa desakan untuk meletak jawatan itu adalah supaya saya benar-benar berundur” – Fadhlina Sidek

Artikel berkaitan: Cikgu Din Ditempatkan Sementara Di Sekolah Di Kelantan – Fadhlina Sidek

Fadhlina berkata, isu pakaian seragam sekolah sememangnya antara perkara yang sering dibangkitkan ibu bapa terutamanya sewaktu persiapan anak-anak untuk memasuki sesi persekolahan.

“Sebagai Ahli Parlimen, ini (pakaian seragam sekolah) antara perkara yang sentiasa (difikirkan bila) nak masuk sekolah, itulah menjadi sebahagian daripada permintaan ibu bapa terkait dengan pakaian seragam ini.”

“Tapi (inisiatif) NADI menggunakan konsep bayar secara ansuran sedikit sebanyak memberikan keringanan kepada ibu bapa.”

769182865 1672833553821981 4201934042560094422 n

Jelasnya lagi, ia antara program yang bagus untuk rakyat dan Fadhlina juga menyatakan hasrat untuk memberikan komitmen terhadap projek tersebut khususnya bagi persiapan musim persekolahan tahun depan.

Tambah beliau, diharapkan program NADI akan terus memberikan peranan sebagai penghubung antara rakyat dengan kerajaan dalam menyampaikan aspirasi kerajaan serta memastikan pembabitan keseluruhan rakyat.

Sebagai info, insiatif pakaian seragam sekolah dijahit ini oleh 120 alumni NADI Mahir yang pernah mengikut kursus kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI adalah salah satu langkah ke hadapan sebelum menjadi usahawan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved