Minat tentera, anak-anak cilik tampil berbaju seragam

LocalFamily & Parenting
31 Aug 2026 • 8:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Minat tentera, anak-anak cilik tampil berbaju seragam

PUTRAJAYA: Minat terhadap pasukan tentera mendorong beberapa kanak-kanak tampil lengkap berbaju unit beruniform keselamatan ketika memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Antara yang mencuri perhatian ialah Mohd. Jebat Nazri, 6, yang hadir dengan pakaian bertemakan tentera berserta ‘camouflage’ kerana meminati pasukan komando sejak kecil.

Ibunya, Siti Nor Mohd Yusof, 37, berkata, minat anaknya terhadap komando menyebabkan dia tidak keberatan menyediakan pakaian berkenaan setiap kali menyertai acara berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.

Menurutnya, tahun ini merupakan tahun ketiga Mohd Jebat hadir memeriahkan perbarisan berkenaan.

“Memang dia suka dan minat komando, jadi kami siapkan dia dengan pakaian yang sama. Setiap kali mereka tukar uniform, kami pun akan tukar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Siti Nor berkata, mereka turut sanggup bersiap seawal pukul 4 pagi selepas menunggu dalam kenderaan sejak kira-kira pukul 10 malam bagi memastikan anaknya tidak terlepas menyertai acara berkenaan.

Sementara itu, sebuah keluarga dari Pelabuhan Klang, Selangor, turut memilih pakaian bertemakan tentera untuk anak mereka yang meminati pasukan beruniform.

Mohamad Hafis Juhar, 32, berkata, pakaian berkenaan dibeli khas sempena Sambutan Hari Kebangsaan selepas anaknya menunjukkan minat terhadap anggota tentera dan komando.

Image from: Minat tentera, anak-anak cilik tampil berbaju seragam

Katanya, dia dan keluarga mahu memberi peluang kepada anaknya melihat sendiri anggota serta aset pertahanan negara dari jarak dekat.

“Tahun lepas kami tidak datang, tetapi dua tahun lalu kami datang ketika dia masih kecil. Sekarang dia sudah besar, jadi kami mahu bawa dia tengok semua aset-aset kenderaan termasuk kereta kebal depan-depan,” katanya.

Mohamad Hafis berkata, dia berharap pengalaman melihat anggota dan aset pertahanan negara secara dekat dapat menyemarakkan lagi minat anaknya terhadap bidang ketenteraan apabila dewasa kelak. – UTUSAN

The post Minat tentera, anak-anak cilik tampil berbaju seragam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved