
PENYANYI Amira Othman sempat menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin yang ke-36 dan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Menerusi satu perkongsian ringkas tapi penuh makna di Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menitipkan doa dan kata-kata romantis serta penghargaan buat suami tersayang.

"I love you sampai syurga ayang Fattah Amin insya-ALLAH.
"Moga ALLAH jaga suami saya dunia dan akhirat. Terima kasih sudi terima saya seadanya. Happy 36th birthday," titipnya.

Warganet turut tidak melepaskan peluang mendoakan kebahagiaan Amira dan Fattah serta keluarga kecil mereka.
"You got my full respect. Kek tak ada lilin macam budaya lain, pakaian sentiasa sopan. Sepadan dunia akhirat, insya-ALLAH. "
"Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati perkahwinan mereka, melimpahkan kebahagiaan, memelihara kasih sayang hingga ke syurga, serta mengurniakan kedamaian dan keberkatan dalam rumah tangga yang dibina."

"Selamat hari lahir Banglong! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT dan kekal bahagia bersama insan tersayang sampai ke syurga."
Sekadar info, Fattah dan Amira diijab kabul di sebuah resort di Sepang. Akad nikah disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat.
Kebahagiaan pasangan romantik ini semakin berseri apabila mereka selamat menimang cahaya mata lelaki sulung yang diberi nama Muhammad Jarir Umar pada 23 Jun lalu.






