
Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, memulakan kempen Grand Prix (GP) Malaysia dengan keputusan positif selepas mencatatkan kedudukan kelima terpantas dalam sesi Latihan Bebas 1, Moto3, sebentar tadi.
Hakim yang mewakili pasukan AEON Credit - MT Helmets - MSI itu meraih catatan masa 02:11.834s (saat) di belakang pelumba dari Indonesia, Veda Pratama dari pasukan Honda Team Asia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu.
Pelumba Red Bull KTM Ajo, Alvaro Carpe, mengungguli sesi latihan bebas 1 dengan catatan 02:11.585s, diikuti rakan senegara, Maximo Quiles (02:11.714) dan Marco Morelli (02:11.720).





