
Bapa Hakim Danish, Ramli Ibrahim, berpuas hati dengan pencapaian anaknya dalam sesi latihan Moto3 MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Dia gembira apabila Hakim Danish menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mampu memberi petanda awal pacuan bertenaga dalam sesi kelayakan dan perlumbaan sebenar.
Ramli juga mahu pelumba berusia 19 tahun itu lebih berhati- hati selain mengelak daripada terlibat dalam kemalangan kerana ia mampu mengganggu misinya untuk berada di kedudukan enam terbaik menuju penghujung saingan.
"Rasa berasa sungguh tersentuh dan semangat melihatnya atas usahanya hari ini.
"Pak cik rasa sungguh gembira, lagipun masa yang dicatatnya terlalu dekat (sengit).
"Insya-Allah dia buat yang lebih baik," katanya di Nadi Arena.
Pelumba sensasi negara itu mengakui jentera baharunya dengan elemen Penyu dan Bunga Raya mencetuskan pacuan bertenaga untuk menamatkan saingan dengan catatan masa keempat terpantas, 2:11.573 saat.
Ia sekali gus menyaksikan dia kembali berada dalam prestasi terbaiknya menjelang saingan Moto3 itu.





