Motosikal terbakar gara-gara rakan nyalakan pemetik api ketika isi minyak

18 Nov 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Motosikal terbakar gara-gara rakan nyalakan pemetik api ketika isi minyak

JAKARTA – Tindakan seorang lelaki yang cuba bergurau dengan menyalakan pemetik api ketika rakannya sedang mengisi minyak petrol di sebuah kedai di Indonesia telah menyebabkan tercetusnya kebakaran, lapor saluran berita Radar Kediri.

Tindakan tersebut telah menyebabkan motosikal milik rakannya itu terbakar.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.15 pagi (waktu tempatan)  itu bermula apabila seorang pelanggan sedang mengisi minyak ke dalam motosikalnya.

Berdasarkan rakaman yang tular, rakan kepada pelanggan terbabit menghampiri kawasan berkenaan untuk menawarkan rokok sambil menyalakan pemetik api.

Percikan api disyaki menyambar wap atau tumpahan petrol sehingga mencetuskan marakan api secara tiba-tiba.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sebelum api sempat merebak serta memusnahkan keseluruhan bangunan kedai berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemilik premis dilaporkan mengalami trauma akibat insiden cemas itu. – AGENSI

The post Motosikal terbakar gara-gara rakan nyalakan pemetik api ketika isi minyak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved