Muallim Perak daerah paling ramai wanita

7 Oct 2026 • 2:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muallim Perak daerah paling ramai wanita

PETALING JAYA: Sebanyak 14 daerah di seluruh negara merekodkan jumlah penduduk perempuan lebih tinggi berbanding lelaki berdasarkan Anggaran Penduduk Semasa Daerah Pentadbiran 2026.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, nisbah jantina tersebut merujuk kepada bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan dalam sesuatu kawasan bagi tempoh berkenaan.

Menurutnya, Muallim, Perak merekodkan jurang paling ketara dengan nisbah 92 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Manakala, Bachok di Kelantan dan Samarahan di Sarawak masing-masing mencatatkan nisbah 94 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala Song di Sarawak merekodkan nisbah 95.

“Bagi Kubang Pasu, Kedah dan Saratok, Sarawak pula masing-masing mempunyai nisbah 97 lelaki bagi setiap 100 perempuan berdasarkan anggaran penduduk pertengahan tahun 2026.

“Kota Setar, Kedah; Pasir Puteh dan Tumpat, Kelantan serta Julau, Sarawak masing-masing mencatatkan nisbah 98 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bagi daerah Machang, Kelantan; Maradong dan Kanowit, Sarawak serta Kuala Nerus, Terengganu masing-masing merekodkan nisbah 99 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Dalam perkembangan sama daerah Petaling di Selangor merekodkan jumlah penduduk tertinggi pada 2026 iaitu 2.4 juta orang, diikuti Johor Bahru, Johor dengan 1.8 juta.

“Ulu Langat, Selangor pula berada di kedudukan ketiga dengan jumlah penduduk dianggarkan 1.5 juta orang bagi tahun sama.

“Anggaran itu berasaskan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dengan mengambil kira komponen kelahiran, kematian serta migrasi bagi menghasilkan anggaran penduduk semasa.

“Data Anggaran Penduduk Semasa 2026 masih bersifat awal dan akan dimuktamadkan selepas jabatan menerima data terkini bagi komponen berkaitan.

Dalam pada itu DOSM memaklumkan terdapat enam daerah muncul sebagai daerah tua dengan penduduknya berumur 65 tahun ke atas mencecah 7.0 peratus pada 2026.

“Daerah tersebut adalah Port Dickson, Negeri Sembilan; Besut, Terengganu; Melaka Tengah, Melaka; Lipis, Pahang; Kudat, Sabah dan  Keningau, Sabah,” katanya.-UTUSAN

The post Muallim Perak daerah paling ramai wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved