Mudah Je Lelaki Buat Kawan! Baru Berjumpa Dah Ajak Memancing Ikan Toman Bersama [Video]

SportsLifestyle
22 May 2026 • 11:33 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Mudah Je Lelaki Buat Kawan! Baru Berjumpa Dah Ajak Memancing Ikan Toman Bersama [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kita sering kali mendengar lelaki mudah untuk berkawan meskipun baru kenal hanya beberapa minit. Asalkan ada minat yang sama, semuanya ‘On’ sahaja.

Mudahnya lelaki berkawan, baru kenal sekejap dah ajak pergi port memancing ikan Toman

Perkara ini turut dibuktikan oleh seorang pemancing, Abey Kumpau di TikTok, apabila dia mengajak seorang lelaki yang baru sahaja ditegur untuk memancing bersama di kawasan lain.

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Abey Kumpau mengemudi sebuah bot kecil di sebatang sungai kecil. Sewaktu melewati sungai tersebut dia terlihat seorang lelaki dikenali sebagai Din sedang memancing di tepi sungai berkenaan.

Awalnya dia hanya menyapa individu berkenaan dan memaklumkan ingin melalui sungai berkenaan kerana bimbang jika mengganggu lelaki itu yang sedang memancing.

Sempat menyapa dan tanya beberapa soalan sebelum pelawa naik bot pancing ikan Toman

Sambil lalu dia sempat menyapa dan bertanya soalan kepada Din sebelum mengajaknya untuk memancing di kawasan lain bagi menangkap ikan Toman.

“Sorang je ke? Main (pancing) benda? Sebarau? Jom main (pancing) Toman nak? Dekat dalam sana, nak ikut?” soalnya kepada Din.

Malah Abey Kumpau turut menawarkan lebihan joran yang dibawa untuk digunakan oleh lelaki berkenaan sewaktu ingin memancing ikan Toman berkenaan.

Setuju dengan pelawaan itu, Din kemudian menaiki bot Abey Kumpau dan mereka meneruskan perjalanan untuk memancing ikan terbabit.

Memancing hanya sekadar hobi

Kata Din yang baru pulang dari kerja itu, dia hanya melakukan aktiviti memancing sebagai hobi dan baru sahaja berjinak dalam dunia tersebut.

Turut kedengaran Abey Kumpau memberikan tips dan cara untuk memancing ikan Toman memandangkan ia pengalaman pertama lelaki itu.

Dalam video sama kelihatan cabaran yang dihadapi sewaktu ingin mendapatkan ikan Toman yang bersaiz sekitar 2.7 kilogram.

@abeykumpau

Mudahnya lelaki berkawan #fyp #voltiq #strikebrofishing #fishing

♬ original sound – Abey Kumpau – Abey Kumpau

Ramai kagum dan bergurau tindakan lelaki naik bot orang tak dikenali

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan cara golongan lelaki membuat kawan kerana kelihatan ia begitu mudah.

Ada juga berseloroh mengatakan sehingga selesai sesi memancing mereka pasti kedua mereka masih tidak mengetahui nama masing-masing atau hanya mengetahui ketika ingin pulang ke rumah.

Tak kurang ada yang bergurau mengatakan Din tidak sepatutnya menaiki bot orang tak dikenali kerana sudah dipesan oleh ibu bapa sejak kecil.

“Mak pesan jangan ikut orang tak kenal. Tapi abang ni ikut”

Image from: Mudah Je Lelaki Buat Kawan! Baru Berjumpa Dah Ajak Memancing Ikan Toman Bersama [Video]

“‘Yang ajak naik bot tu nama apa?’ – Entah, aku panggil dia Abang, dia pun panggil aku Abang”

Image from: Mudah Je Lelaki Buat Kawan! Baru Berjumpa Dah Ajak Memancing Ikan Toman Bersama [Video]

“Confirm nak balik baru tahu nama masing-masing. Tu pun kalau tanya lah. Lepas tu simpan nombor dekat telefon ‘brader toman hari tu”

Image from: Mudah Je Lelaki Buat Kawan! Baru Berjumpa Dah Ajak Memancing Ikan Toman Bersama [Video]

“Seorang kuat mempengaruh, seorang senang dipengaruh. Jom mancing”

Image from: Mudah Je Lelaki Buat Kawan! Baru Berjumpa Dah Ajak Memancing Ikan Toman Bersama [Video]
View Original Article