Mufti Wilayah Persekutuan dilantik ahli Majlis Penasihat Syariah BNM

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2026 • 12:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Mufti Wilayah Persekutuan dilantik ahli Majlis Penasihat Syariah BNM

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai anggota baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Nov, 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata pelantikan itu dibuat selaras dengan Seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

“Dengan pelantikan baharu ini, MPS akan dibarisi oleh sembilan ahli yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang Syariah, kewangan Islam, perakaunan dan undang-undang, menurut BNM.

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata MPS memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada aspirasi Malaysia dalam bidang kewangan Islam.

“Saya turut mengalu-alukan pelantikan Ahmad Fauwaz sebagai ahli baharu MPS. Saya yakin kepakaran serta pengalaman beliau akan terus memperkukuh peranan MPS dalam menyokong kemajuan kewangan Islam di Malaysia,” kata beliau.

Sementara itu, BNM merakamkan penghargaan kepada Mufti Selangor, Datuk Setia Dr Anhar Opir yang menamatkan perkhidmatannya sebagai anggota MPS pada 31 Oktober 2026, selepas berkhidmat selama tujuh tahun bermula 1 November 2019.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved