Muktamar: Ulama  Pas perlu lahir negarawan, bukan sekadar kejar kuasa

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muktamar: Ulama  Pas perlu lahir negarawan, bukan sekadar kejar kuasa

KOTA BHARU: Dewan Ulama Pas perlu memainkan peranan lebih besar dalam melahirkan barisan negarawan yang bukan sahaja berorientasikan kuasa, sebaliknya mampu meninggalkan legasi dalam membina negara.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya berkata, peranan ulama Rabbani amat penting sebagai pembimbing kepada kepemimpinan gerakan Islam supaya lahir negarawan yang mempunyai kekuatan peribadi, pandangan jauh dan keupayaan memimpin perjuangan.

Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi peranan  Sheikh Aqshamsuddin dalam membina kekuatan peribadi dan pandangan jauh Sultan Muhammad al-Fatih ketika memimpin perjuangan membebaskan Kota Konstantinople.

“Seorang negarawan tidak hanya bercakap soal kuasa semata-mata tetapi bagaimana membina sebuah legasi.

“Para ulama Rabbani mesti menjadi pembimbing untuk melahirkan negarawan yang ada dalam gerakan Islam ini,” katanya semasa menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat Kali Ke-65 di sini, hari ini.

Ahmad berkata, Dewan Ulama Pas juga perlu memastikan keberadaan ulama Rabbani yang mampu melahirkan kekuatan kepemimpinan negarawan hebat daripada kalangan ahli parti.

Katanya, ulama Rabbani mesti memiliki ilmu, kefahaman dan kebijaksanaan bagi memastikan prinsip pelaksanaan syariat dapat diresapi dalam setiap isu serta permasalahan masyarakat.

Ujarnya, tuntutan memperdalam ilmu agama atau tafaqquh fid-din sebagaimana panduan al-Quran perlu diterjemah melalui peranan ulama dalam membimbing masyarakat.

“Ulama Rabbani mesti sarat dengan ilmu, kefahaman serta kebijaksanaan dalam memastikan prinsip pelaksanaan syariat dapat diresapi dalam setiap isu dan permasalahan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

 

 

The post Muktamar: Ulama  Pas perlu lahir negarawan, bukan sekadar kejar kuasa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved