Bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh tampil meminta bekas suaminya itu melunaskan bayaran pendaftaran tahunan taska anak mereka, Elaine Nada berjumlah RM1,540.
Anak Fara Salleh & Shuk Sahar
Menerusi perkongsian di Instagram story, Fara menjelaskan bahawa dia hanya meminta Shuk menanggung jumlah tersebut, manakala selebihnya akan ditambah menggunakan wangnya sendiri.
Kepada Shukri Sahar, tak minta banyak pun. Minta selesaikan bil pendaftaran tahunan Nada saja RM1,540, selebihnya biar aku tambah. Kalau lambat daftar nanti taska penuh. Lagi pun ini saja tempat yang paling murah.
View this post on Instagram
Fara Salleh minta nafkah anak dari Shuk Sahar
Dalam pada itu, Fara mendakwa selama ini dia menanggung sendiri keperluan harian anak mereka termasuk pakaian, makanan serta perbelanjaan ketika Nada sakit.
Bukannya minta duit pergi jalan-jalan, aku jalan-jalan bawa Nada pun tak pernah minta satu sen daripada kau. Nada sakit demam pun satu sen tak bagi. Baju Nada, makan minum semua aku tanggung tanpa aku merentan. Tapi untuk taska ini ya aku kena bersuara sebab aku kena kerja. Kalau aku duduk rumah jaga Nada macam mana aku nak kerja?

Shuk Sahar bayar nafkah anak
Selain itu, Fara turut membangkitkan isu majlis akikah Nada yang didakwa masih belum dilaksanakan meskipun pernah dibincangkan sejak Ogos lalu.
Bagaimanapun, Shuk tampil memberikan respons dengan berkongsi bukti transaksi pemindahan wang berjumlah RM1,000 setiap bulan dari Ogos hingga November 2026 sebagai bukti sumbangan kewangan kepada anaknya.

Untuk rekod, Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada November 2023 sebelum bercerai pada April 2025. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nada, yang kini berusia dua tahun

“Moga Allah Permudahkan Urusan Dia” – Fara Salleh Kembali Jadi Perhatian, Kini Cari Rezeki Dengan Jual Sticker Secara Live
The post “Nada Sakit, Demam Sesen Pun Kau Tak Bagi” – Fara Salleh Tuntut Shuk Jelaskan Yuran Taska Anak RM1,540 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






