Pelawak Tunjuk Bukti Transaksi RM4,000 Selepas Bekas Isteri Dakwa Culas Tanggung Anak – “Ada Dua Lagi Anak Tau”

LocalEntertainment
4 Nov 2026 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelawak Shuk Sahar tampil memberikan respons terhadap dakwaan bekas isterinya, Fara Salleh, berhubung isu perbelanjaan anak mereka, Nada.

Shuk Sahar Didakwa Tak Bayar Nafkah Anak? Sekali Tunjuk Bukti

Menerusi Instagram Story, Shuk atau nama sebenarnya Shukri Sahar berkongsi empat tangkap layar transaksi bernilai RM1,000 setiap satu yang masing-masing bertarikh 5 Ogos, 1 September, 5 Oktober dan 2 November 2026.

Advertisement
View this post on Instagram

“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak. Ini yang termampu. Ada dua lagi anak tau,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat susulan luahan Fara yang sebelum ini mendakwa Shuk culas membantu menanggung perbelanjaan anak mereka.

d

Bekas Isteri Dakwa Shuk Sahar Liat Bayar Duit Pendaftaran Tadika Anak

Fara meminta Shuk menjelaskan bayaran pendaftaran tahunan taska Nada sebanyak RM1,540 selepas pusat jagaan terdahulu bakal ditutup.

Menurut Fara, bayaran tersebut perlu diselesaikan segera bagi memastikan Nada mendapat tempat di taska baharu dan memudahkannya keluar bekerja.

d

Fara turut mendakwa selama ini dia menanggung sendiri keperluan harian Nada termasuk makanan, pakaian dan rawatan perubatan.

Selain itu, dia turut membangkitkan mengenai aqiqah Nada yang didakwa masih belum diselesaikan sejak Ogos lalu.

“Bulan 8 aku ada text kau untuk aqiqah Nada… kau kata takde modal. Now dah bulan 11 masih takde modal untuk aqiqah anak? Dah tak mampu ke nafkahkan Nada?”

Fara bagaimanapun berkata dia bersedia berkongsi separuh kos aqiqah sekiranya Shuk turut menanggung bahagiannya.

Bagaimanapun, Shuk tidak memperincikan tujuan setiap transaksi RM1,000 yang dikongsikan atau mengesahkan sama ada pembayaran tersebut berkaitan dengan yuran taska yang dituntut Fara.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

f2026-11-04 10:19:03

Nikah Disember, Danish Minta Tunjuk Ajar Norman Hakim Untuk Jadi Suami Mithali - "Banyak Nasihat Dari Dia"

The post Pelawak Tunjuk Bukti Transaksi RM4,000 Selepas Bekas Isteri Dakwa Culas Tanggung Anak – “Ada Dua Lagi Anak Tau” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved