Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Isu rumah tangga dan urusan nafkah anak melibatkan pelawak Shuk Sahar nampaknya kembali menjadi sorotan warganet selepas bekas isterinya, Fara Salleh, sebelum ini mendakwa dia tidak menerima sebarang wang perbelanjaan buat anak mereka, Nada.
Enggan terus membiarkan tuduhan tersebut berlarutan, Shuk tampil mempertahankan diri dengan memuat naik tangkap layar bukti transaksi bank menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Artikel berkaitan : “Mana acah-acah peguam kau?” – Fara Salleh ‘Naik Angin’, Shuk Sahar Didakwa Elak Panggilan Mahkamah
Artikel berkaitan : “Anak kau mana?” – Kongsi Selamat Bersalin Tanpa Suami Di Sisi, Fara Salleh Tinggal Pesanan Untuk Ibu Bapa Shuk Sahar
Menerusi perkongsian berkenaan, Shuk mempamerkan empat keping resit pindahan wang kepada akaun perniagaan atas nama EL NADA ENTERPRISE.
Resit-resit tersebut memperlihatkan transaksi konsisten sebanyak RM1,000 setiap bulan bermula dari 5 Ogos 2026, 1 September 2026, 5 Oktober 2026, sehinggalah 2 November 2026, dengan kesemuanya diletakkan rujukan penerima bertulis perkataan “anak”.
Selain memaparkan bukti transaksi berjumlah keseluruhan RM4,000 itu, Shuk turut menyertakan kapsyen ringkas bagi menjelaskan situasi kewangan dan komitmen tanggungjawabnya.
Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak. Ini yang termampu Ada dua lagi anak tau,” katanya.


Kenyataan tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa jumlah berkenaan adalah mengikut kadar kemampuannya pada masa kini, memandangkan beliau masih mempunyai dua orang anak lain yang perlu ditanggung dan diberi nafkah sama rata.
Tindakan Shuk berkongsi bukti ini dipercayai bertujuan membersihkan namanya susulan pelbagai dakwaan yang berlegar di media sosial.
Sumber: Instagram
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





