Didakwa Culas, Shuk Sahar Kongsi Bukti Bayar Nafkah Anak RM1,000 - “Ini Yang Termampu…”

4 Nov 2026 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Didakwa Culas, Shuk Sahar Kongsi Bukti Bayar Nafkah Anak RM1,000 - “Ini Yang Termampu…”

Susulan dakwaan bekas isteri, Fara Salleh di sosial media, pelawak Shuk Sahar dilihat memuat naik paparan skrin bukti dia ada memberi nafkah untuk anak mereka. Menerusi Instastory, Shuk meluahkan rasa syukur kerana masih mampu untuk memberi rezeki kepada anak perempuannya, Elaine Nada.  Shuk berkata dia hanya mampu memberi jumlah itu memandangkan masih mempunyai dua orang lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan Rossalennah Natassyiah atau Rossa Sera.  “Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak. Ini yang termampu. Ada dua lagi anak tau,” kongsinya.  Paparan skrin itu menunjukkan Shuk membayar RM1,000 dari Ogos sehingga November tahun ini.  Sebelum ini, Fara menerusi Instastory mendakwa Shuk culas dalam menyelesaikan bayaran pendaftaran tahunan taska anak mereka berjumlah RM1,540.  Fara berkata dia tidak meinta jumlah yang besar malah sanggup menanggung baki kos pendaftaran tersebut jika bekas suaminya itu melunaskan bayaran. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved