Nahas Long Lellang: Allahyarham Zainol sihat, tempoh rehat sebelum terbang 22 jam

16 Oct 2026 • 7:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas Long Lellang: Allahyarham Zainol sihat, tempoh rehat sebelum terbang 22 jam

KUALA LUMPUR – Laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) mendapati Kapten Zainol Afiq Bee Sham mempunyai pengalaman penerbangan selama 1,825.5 jam, termasuk 915 jam 50 minit menggunakan helikopter jenis Bo-105.

Menurut laporan itu, Zainol merekodkan 81 jam 48 minit penerbangan dalam tempoh 90 hari sebelum helikopter Bo-105 terhempas pada 8 September lalu.

Malah, tempoh rehat sebelum penerbangan terakhir Zainol adalah 22 jam.

Katanya, Zainol, 30, disahkan sihat dari segi perubatan dan memiliki lesen sah selain pesawat berkenaan juga didapati layak terbang ketika kejadian.

“Zainol memiliki Lesen Juruterbang Komersial (Helikopter) yang sah, dengan kelayakan mengendalikan pesawat jenis Bo-105 dan lesen itu sah sehingga 31 Januari 2027.

“Beliau turut menjalani pemeriksaan perubatan pada 26 Januari tahun ini, dengan sijil perubatan sah sehingga 31 Januari 2027.

“Juruterbang berkenaan memiliki lesen, kelayakan dan kelulusan sewajarnya untuk melaksanakan penerbangan mengikut peraturan berkuat kuasa, selain mempunyai sijil perubatan sah dan berada dalam keadaan sihat dari segi perubatan untuk menjalankan penerbangan,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, helikopter itu juga mempunyai Sijil Pendaftaran dan Sijil Kelayakan Udara yang sah serta disahkan layak terbang ketika kejadian.

Pesawat jenis MBB-Bo105 S yang dibina Eurocopter Deutschland GmbH pada 1991 itu menggunakan nombor pendaftaran 9M-LLF dan nombor siri S-867, serta dimiliki Rotorwing (Malaysia) Sdn. Bhd.

Sijil Pendaftaran pesawat berkenaan sah sehingga 28 Julai 2029, manakala Sijil Kelayakan Udaranya sah sehingga 4 Ogos 2027.

Dalam pada itu, laporan itu turut menyatakan keadaan cuaca pada hari kejadian dilaporkan baik dan tiada panggilan kecemasan direkodkan sebelum nahas berlaku.

Semua frekuensi komunikasi juga beroperasi secara normal sepanjang penerbangan.

Berdasarkan penilaian cuaca, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula, keadaan di sekitar landasan udara secara umumnya baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer ketika kejadian.

“Data radar dan imejan satelit menunjukkan tiada aktiviti ribut petir atau hujan yang ketara dalam lingkungan 20 batu nautika dari landasan udara antara jam 8 pagi hingga 3 petang.

“Bagaimanapun, aktiviti awan perolakan sederhana dikesan di kawasan berkenaan mulai kira-kira jam 4 petang,” menurut laporan itu.

Selain itu, laporan berkenaan turut memaklumkan pemerhatian angin permukaan tersedia bagi STOLport Long Le

The post Nahas Long Lellang: Allahyarham Zainol sihat, tempoh rehat sebelum terbang 22 jam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved