
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan blok pembangkang yang dakwanya masih bermain ‘drama politik’.
Blok Pembangkang Keluar Dari Dewan Rakyat, Enggan Bahas RCI Tabung Haji Jika Anwar Tiada
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan mereka keluar dari Dewan Rakyat ketika Mesyuarat Khas mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini (11 Ogos).
Malah beliau juga mempersoalkan adakah ahli-ahli politik terbabit mahu membahas tentang isu Tabung Haji atau sebaliknya.
“Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?
“Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam.
“Apakah Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?” bidas beliau menerusi hantaran di laman Instagram.
View this post on Instagram
Usul Pembangkang Mahu Tangguhkan Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditolak Speaker
Sebelum ini, wakil rakyat pembangkang memutuskan untuk tidak menyertai sidang khas bagi membahaskan mengenai isu RCI TH selepas usul mereka bagi menangguhkan sidang khas itu ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Keputusan menarik diri daripada persidangan itu dimaklumkan Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hasan dan dipersetujui oleh Johari.
Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN dilihat bangkit dari tempat duduk masing-masing dan mula beredar keluar dari dewan.
Baca Artikel Berkaitan: Tabung Haji Rugi RM10 Bilion Sebab Tak Ikut Peraturan & Banyak Masalah Sejak 2014 – Anwar
Baca Artikel Berkaitan: RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas CEO, CFO Selepas Disyaki Salah Guna Kuasa Beli Saham Nilai RM370 Juta
‘Wajar Dihadiri PM, Minta Sidang Khas RCI TH Tangguh Hingga Anwar Kembali Ke Parlimen’ – Takiyuddin
Terdahulu, Takiyuddin membangkitkan peraturan mesyuarat 13 di Dewan Rakyat meminta supaya sidang khas terbabit ditangguhkan dengan alasan Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak dapat hadir pada pagi ini.
Malah dia juga meminta agar sidang RCI Tabung Haji itu ditangguhkan sehingga Anwar kembali ke persidangan Parlimen.
“Memandangkan isu Tabung Haji amat penting dan mempunyai kepentingan awam yang besar, adalah wajar pembentangan dan perbahasan laporan ini dihadiri serta disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri apabila beliau kembali bertugas.
“Kehadiran beliau di Dewan Rakyat penting bagi memberikan penjelasan menyeluruh, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang membangkitkan perkara ini,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Soal Amanah” – Anwar Jelas Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji Bukan Politik Picisan
‘Majlis Kahwin Nak Buat, Pengantin Tak Datang’ – Rosol
Sementara itu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pada persidangan Parlimen hari ini turut melontarkan pandangannya mengenai ketidakhadiran Anwar.
Rosol menyifatkan persidangan itu tidak lengkap seperti majlis perkahwinan yang diteruskan tanpa pengantin.
“Sekarang majlis perkahwinan nak dibuat, pengantin tak datang,” katanya.
“Adakah Nak Downgrade Kedudukan TPM? Zahid Hamidi Ada Mewakili Kabinet” – Johari
Bagaimanapun Johari membidas kenyataan Rosol dan berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah hadir bagi mewakili kabinet kerajaan.
“Saya terikat dengan 11 (3). Bila Perdana Menteri mohon untuk mengadakan persidangan, bila dia hantar surat, saya akur sebab itulah saya benarkan majlis ini diadakan. Bukan majlis perkahwinan ya, majlis persidangan ini.
“Namun begitu, untuk mengatakan kenapa Perdana Menteri tidak ada, kita ada TPM (Timbalan Perdana Menteri) di sini. Adakah anda nak ‘downgrade’ (menurunkan) kedudukan TPM?
“Tidak. TPM ada di sini mewakili kabinet. Menteri-menteri lain juga mewakili kabinet,” jelasnya.
Anwar Mohon Maaf Tak Dapat Hadir Sidang RCI TH, Sedang Jalani Proses Pemulihan Usai Proses Pembedahan
Sebelum ini, Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri persidangan perbahasan RCI Tabung Haji.
Hal ini kerana beliau kini sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).
“Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam sidang khas bagi membahaskan Laporan RCI TH dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar.
“Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara,” kata Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: ‘Laporan RCI Tabung Haji Sahkan 5 Isu Pokok Termasuk Transaksi Mencurigakan’ – Rafizi
Baca Artikel Berkaitan: Jabatan Audit Negara Gagal Tegur TH Isytihar Hibah 2017 Sebanyak RM2.75 Bilion – RCI Tabung Haji






