Netizen tegur penampilan Aisyah Hijanah, tudung makin singkat?

LocalEntertainment
6 Dec 2024 • 4:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Netizen tegur penampilan Aisyah Hijanah

Susulan pemakaiannya yang berubah, netizen tegur penampilan Aisyah Hijanah yang memakai tudung yang semakin singkat berbanding sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Alif Teega telah memuat naik satu video memaparkan Aisyah yang sedang berjalan ke arah kereta mereka.

Netizen tegur penampilan Aisyah Hijanah

@alifteega

Terpengaruh dah mujur cantik @aisyahhijanah

♬ suara asli - Ahlanسهلان - Ahlanسهلان

Pada video itu, Aisyah kelihatan memakai pakaian longgar yang berwarna putih, dipasang dengan skirt berwarna cream dan tudung yang bewarna sedikit kelabu.

Dalam pada itu, Aisyah juga kelihatan sedikit kekok dengan tudungnya dan cuba melindungi bahagian dada menggunakan kedua tangannya.

image is not available

“POV: bila bini terpengaruh dengan cerita ipar adalah maut,” tulis kapsyen Alif pada video.

Selepas meneliti, akhirnya orang ramai sedar bahawa Aisyah kini memakai tudung yang singkat dan walaupun pakaiannya longgar dan menutup aurat, netizen masih kecewa.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat warga maya yang mempersoal mengapa Aisyah sudah berubah dan kini memakai tudung singkat seperti itu.

Allahu….

image is not available

Saya lagi suka Aisyah tudung labuh

image is not available

Bukan dia ke yang bagi nasihat tudung kena bawah dada?

image is not available

Netizen tegur penampilan Aisyah Hijanah, kenapa pakai tudung macam tu

image is not available

Namun begitu, ada juga netizen yang meninggalkan komen dan berkata pemakaian Aisyah tidak salah kerana pakaiannya masih labuh dan tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

Baju dia besar, tapi nampak tak selesa

image is not available

Ramai rupanya yang tak faham maksud menutup aurat

image is not available

Sekadar info, pasangan selebriti Aisyah dan Alif pernah dilanda kontroversi selepas Alif mengumumkan dia telah berkahwin kali kedua namun tidak mendedahkan secara rasmi isteri keduanya.

Tidak lama kemudian, pasangan itu ditahan atas tuduhan telah menyalahgunakan wang sumbangan daripada orang ramai yang telah menderma dalam tabung derma mereka.

Sumber: TikTok Alif Teega