‘Orang Melayu tidak mahu kita berpecah’

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 11:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Orang Melayu tidak mahu kita berpecah’

KUALA LUMPUR: Kolaborasi Agung yang dilontarkan UMNO bukan sekadar penggabungan parti, sebaliknya bertujuan bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan dalam kalangan parti Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan kehendak mereka yang tidak mahu parti Melayu berpecah, sekali gus penyatuan dapat dipastikan dalam Pilihan Raya Umum ke-16.

“Saya boleh baca resah orang Melayu, mereka tidak mahu bertembung, mereka tidak mahu  kita berbalah sama sendiri. Di dewan ini, kita pernah melalui episod linangan air mata, di pentas ini kita berjanji bersedia. 

“Di luar persaudaraan disambut gembira, namun perpecahan berlaku semula kerana kehadiran orang ketiga meretakkan hubungan dibina. 

“Sudah-sudahlah kita lupakan episod lama kita, mari kita jalin semua penyatuan ini yang begitu didambakan orang Melayu seluruh negara. Namun kita tidak paksa mana-mana pihak mencairkan identitinya. Dalam kata lain, siapa pun UMNO bekerjasama, UMNO tetap UMNO, BN tetap BN,” katanya dalam ucapan dasar Presiden parti sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-69, d sini, hari ini.

Katanya, persefahaman politik perlu mempunyai asas yang disepakati bersama serta menghormati perbezaan ideologi serta pegangan masing-masing.

“Persefahaman ini bukan diwujudkan kerana ada musuh yang sama, tetapi persefahaman ini akan mewujudkan kestabilan politik negara, merancakkan ekonomi demi kemakmuran, menjalin keadilan kepada semua, perkukuhkan keadilan rakyat antara wilayah dan paling penting wujudkan sebuah negara yang aman damai,” katanya. –UTUSAN

The post ‘Orang Melayu tidak mahu kita berpecah’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved