Padang persaingan e-dagang mesti sama rata – Fuziah

LocalBusiness & Finance
22 Aug 2026 • 11:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Padang persaingan e-dagang mesti sama rata – Fuziah

PETALING JAYA – Peniaga tempatan tidak seharusnya dibiarkan berdepan persaingan tidak seimbang susulan perkembangan pesat sektor e-dagang, termasuk melibatkan transaksi rentas sempadan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Fuziah Salleh menerusi satu hantaran di laman Facebook berkata, perkembangan e-dagang ketika ini bergerak jauh lebih pantas berbanding kerangka perundangan sedia ada.

Menurutnya, justeru penggubalan Akta E-Dagang baharu dilihat semakin mendesak bagi memastikan ekosistem berkenaan berkembang secara adil dan teratur.

“Saya menyambut baik gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya proses penggubalan Akta E-Dagang baharu dipercepatkan.

“Bagi saya, ini satu keperluan yang semakin mendesak apabila perkembangan e-dagang hari ini bergerak jauh lebih pantas daripada kerangka undang-undang sedia ada,” katanya.

Fuziah berkata, isu berhubung sektor berkenaan sudah beberapa kali dibangkitkannya di Parlimen, termasuk di Dewan Negara.

Katanya, antara perkara yang diberikan perhatian adalah transaksi rentas sempadan, tanggungjawab platform serta keperluan memastikan peniaga tempatan tidak berdepan persaingan tidak seimbang.

“Kita mahu e-dagang terus berkembang, tetapi padang persaingan mesti sama rata dan hak pengguna serta pemain industri perlu dijaga,” katanya.

Tambahnya, gesaan Perdana Menteri itu diyakini mampu mempercepatkan usaha KPDN dalam memperkukuh kerangka kawal selia sektor berkenaan.

“Saya yakin gesaan Perdana Menteri ini akan mempercepatkan usaha KPDN ke arah mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih adil, selamat dan teratur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Padang persaingan e-dagang mesti sama rata – Fuziah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved