
MEMULAKAN kerjaya selepas tamat pengajian merupakan langkah penting yang memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi.
Dalam era digital hari ini, platform pencarian pekerjaan seperti Jobstreet menjadi antara medium utama yang menghubungkan graduan baharu dengan pelbagai peluang kerjaya.
Dengan memanfaatkan ciri-ciri yang disediakan serta membina profil yang lengkap dan profesional, graduan dapat meningkatkan kebolehpasaran diri, memperluaskan peluang pekerjaan dan memulakan kerjaya dengan lebih yakin serta pantas.
Pengarah Urusan, Jobstreet by SEEK Malaysia, Nicholas Lam berkata, graduan baharu perlu memahami keperluan pasaran kerja dan mengenal pasti kemahiran yang dicari oleh majikan sebelum memulakan pencarian pekerjaan
Antara cara memulakan kerjaya melalui Jobstreet adalah seperti berikut:
Kenal pasti hala tuju kerjaya
Graduan perlu mengenal pasti industri dan jawatan yang diminati dengan memahami bidang yang sesuai dengan minat, kelayakan serta kemahiran yang dimiliki.
Semak iklan pekerjaan secara teliti bagi mengetahui keperluan majikan, kelayakan yang diperlukan serta kemahiran yang perlu dibangunkan sebelum memohon sesuatu jawatan.
Lengkapkan profil Jobstreet
Dengan mengisi semua maklumat penting seperti latar belakang pendidikan, kemahiran, pengalaman serta pencapaian yang dimiliki.
Pastikan profil sentiasa dikemas kini agar maklumat yang dipaparkan kekal relevan dan dapat membantu majikan mengenal pasti potensi calon dengan lebih mudah.
Jadikan profil sebagai ‘public’
Ini bagi membolehkan majikan mencari serta menghubungi anda secara terus untuk peluang pekerjaan yang bersesuaian.
Gunakan ciri Carian Pintar (AI Search) untuk mencari pekerjaan menggunakan bahasa harian, bukan sekadar berdasarkan nama jawatan.
Sebagai contoh, anda boleh menaip carian seperti ‘kerja dalam pemasaran digital’, ‘kerja hybrid’ atau ‘fresh graduate engineering’ bagi mendapatkan padanan pekerjaan yang lebih relevan.
Aktif mencari dan memohon pekerjaan
Aktif mencari dan memohon pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran, pengalaman serta minat anda bagi meningkatkan peluang dipanggil temu duga.
Pada masa yang sama, jangan hadkan pencarian kepada satu jenis jawatan sahaja.
Bersikap terbuka untuk memohon jawatan lain yang berkaitan kerana ia boleh membuka lebih banyak peluang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan potensi anda.
Kerap berinteraksi dengan platform
Dengan menyimpan pekerjaan yang diminati, mengemas kini pilihan kerjaya serta sentiasa menyemak cadangan pekerjaan yang dipaparkan.
Semakin aktif anda menggunakan Jobstreet, semakin tepat sistem kecerdasan buatan (AI) platform itu akan memadankan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran, pengalaman dan minat anda.
Tonjolkan kemahiran yang relevan dalam profil dan resume dengan menyenaraikan kebolehan yang menjadi keutamaan majikan, seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, literasi digital, kerja berpasukan serta kemahiran teknikal.
Langkah ini dapat meningkatkan kebolehpasaran anda dan membantu majikan menilai kesesuaian anda dengan jawatan yang ditawarkan.
Tunjuk kemahiran yang relevan
Tonjolkan kemahiran yang relevan dalam profil dan resume dengan menyenaraikan kebolehan yang menjadi keutamaan majikan, seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, literasi digital, kerja berpasukan serta kemahiran teknikal.
Langkah ini dapat meningkatkan kebolehpasaran anda dan membantu majikan menilai kesesuaian anda dengan jawatan yang ditawarkan.
Manfaat pengalaman yang ada
Manfaatkan semua pengalaman yang dimiliki dengan memasukkan latihan industri, pekerjaan sambilan, aktiviti sukarelawan, projek universiti atau kerja bebas dalam profil dan resume.
Pengalaman ini mampu membuktikan kebolehan, kemahiran serta kesediaan anda untuk menghadapi dunia pekerjaan, sekali gus meningkatkan keyakinan majikan terhadap potensi anda.
Tingkat kemahiran
Sentiasa tingkatkan kemahiran dengan mengikuti kursus pendek, latihan atau pensijilan profesional yang berkaitan dengan bidang kerjaya anda.
Langkah ini bukan sahaja menambah pengetahuan dan kecekapan, malah meningkatkan nilai diri serta kebolehpasaran anda di mata majikan dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.
Pantau peluang dalam industri yang berkembang
Sentiasa memantau peluang pekerjaan dalam industri yang sedang berkembang dan mempunyai permintaan tinggi. Dengan mengikuti perkembangan pasaran serta trend industri, anda berpeluang mengenal pasti sektor yang menawarkan lebih banyak peluang kerjaya dan prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Fokus pencarian kepada sektor yang mempunyai permintaan tinggi
Ini seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perakaunan, pentadbiran, jualan, kejuruteraan, logistik serta pembuatan kerana bidang ini menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Pada masa yang sama, kekalkan usaha secara konsisten dengan mengemas kini profil dari semasa ke semasa, memohon pekerjaan secara berterusan serta sentiasa bersedia menghadiri temu duga.
Pendekatan yang proaktif dan konsisten mampu meningkatkan peluang untuk memperoleh pekerjaan dengan lebih cepat. – UTUSAN
The post Panduan graduan baharu memulakan kerjaya appeared first on Utusan Malaysia.






