Pantech Global jual tanah RM31.7 juta di Klang selepas rancangan bina kilang tertangguh

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 9:06 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pantech Global jual tanah RM31.7 juta di Klang selepas rancangan bina kilang tertangguh Image from: Pantech Global jual tanah RM31.7 juta di Klang selepas rancangan bina kilang tertangguh liza14/10/2026 - 09:06 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Okt – Pantech Global Bhd menjual tanah pegangan bebas seluas 4.05 hektar (10 ekar) di Klang, Selangor, pada harga RM31.73 juta secara tunai susulan kelewatan mendapatkan kelulusan bagi pembangunan kilang baharu di tapak berkenaan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengeluar kelengkapan paip keluli karbon itu berkata, penjualan tersebut membolehkan kumpulan mendapatkan semula modal yang telah dibelanjakan untuk hartanah berkenaan dan menyalurkan dana kepada keperluan pembangunan serta operasi semasa.

 

Anak syarikat milik penuh kumpulan, Pantech Steel Industries Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan pemaju hartanah, Veltrix Land Sdn Bhd bagi penjualan tanah berkenaan.

 

Veltrix Land dimiliki oleh Cheok Chin Hong dan Ong Kah Hoe.

 

Beralih kepada tapak baharu

Pantech Global membeli tanah asal itu pada Disember 2024 dengan harga RM29.79 juta termasuk duti setem serta yuran guaman dan profesional.

 

Bagaimanapun, kelewatan kelulusan pihak berkuasa bagi pembangunan kilang baharu di tapak berkenaan mendorong kumpulan mengubah rancangan pembangunannya dengan mendapatkan tanah alternatif di Klang.

 

Pada Ogos 2025, Pantech Global membeli tanah baharu seluas 1.96 hektar (4.84 ekar) daripada Uptown Promenade Sdn Bhd, anak syarikat Rhong Khen International Bhd dengan harga RM29 juta.

 

Tapak baharu itu dirancang untuk menempatkan ibu pejabat korporat, kemudahan pengeluaran dan gudang kumpulan menjelang 2028.

 

RM25.31 juta untuk mendapatkan semula modal

Daripada hasil penjualan tanah berjumlah RM31.73 juta, sebanyak RM25.31 juta akan digunakan untuk mendapatkan semula modal yang dibelanjakan bagi pembelian tanah baharu manakala baki RM6.42 juta diperuntukkan untuk modal kerja.

 

Pantech Global menjangkakan penjualan itu menghasilkan keuntungan bersih pro forma sebanyak RM769,000.

 

Kumpulan turut menjangkakan urus niaga berkenaan selesai pada suku pertama 2027. - DagangNews.com

 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved